Thursday 26 November 2015

" Niqabis Hipster . "


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


Allah.. Sebenarnya sedih nak bercakap pasal niqabis 'hispter' ni. 

First of all, minta maaf pada pemilik gambar, sudah ditutup mata :) Kalau tuan punya post terbaca, saya harap awak ambil iktibar :) Dan perbetulkan diri semula.

Jika dulu, mak aku selalu kata, nak pakai purdah, mantapkan iman dan rohani dulu.
Dulu, payah sangat nak jumpak niqabis ni.

Now?
Buka Instagram.
Bersepah. Tak percaya? Carilah. 

Allah.. Konsep kita kan 
Ilmu
Iman
Amal

Ilmu tanpa amal tak jadi jugak. Sebab tulah sebelum buat penghijrahan, perbetulkan niat dan kaji dulu sebelum pakai niqab.

Longgarkan baju, seluar. Labuhkan tudung. Kurangkan menangkap gambar. Apa niat nak pakai niqab?

Sekarang ni, aku kesian dekat pemakai pakaian ummul mukminin yang tak tergolong dalam golongan hipster pun dah dipandang heh aje.

Tahu sebab apa? Segelintir yang mencemarkan pakaian sunnah!!!! Sepatutnya kitalah menjadi tauladan. Tolong lah, janganlah gunakan sunnah untuk trend. Tolonglah.

Menutup untuk mengelak fitnah bukan membuka fitnah.
Perkara mudah, tolong faham.

Kumpulan niqabis terbesar maaf untuk cakap, ada di Instagram. Aku nak mention tapi tak nak lah, buka aib tak pasal dapat dosa T^T .

Ya, inilah akhir zaman. Apabila sunnah dijadikan trend.
Hanya setitik nila, rosak susu sebelanga.
Hanya kerana segelintir niqabis suka mengupload gambar mereka.
Mereka memandang semua niqabis begitu.

Tolong. Jangan cari fitnah.
Lagi satu, pakai purdah tolonglah pakai baju sekurang kurangnya paras lutut. Bawah pinggul tak cukup. Ya walaupun bukan aurat tapi awak cermin dulu, awak tengah pakai niqab. 

Aku pernah, tegur DM kat Insta sorang niqabis ni yang gambar dia ada nampak lengan. Tapi dia block. Tak apa, block tak semestinya memutuskan ukhwah.

Tapi aku buka account lagi 1, gambar dia nampak lengan tu dia tak delete lagi.. Aku sedih.. Aku kecewa.. Aku tahu ramai menahan rasa hati melihat segelintir niqabi yang selfie dan upload gambar mereka. Buat mata comel comel. 

Ulang lagi, hanya setitik nila, rosak susu sebelanga.

Jangan kecam aku, aku menyuarakan apa yang ada di hati,
Aku dah tak sanggup sunnah diperlakukan begini. Setiap hari di media sosial. 

Tangkap gambar depan cermin dengan niqab hitamnya. Jubah hitamnya. Kasut sneakersnya. Topi terbaliknya, candidnya. Ya memang tak salah, tapi tolong jaga. Tolong sangat.

Ulang lagi, hanya setitik nila, rosak susu sebelanga.

Aku pernah ternampak caption gini,
"Siapa kata niqabis tak boleh swag? Hahaha
#NiqabisSwag #Suwekk."

Dengan jubahnya, niqab separuhnya. 

P/S Niqab dan purdah itu sama :)

Cuma Malaysia panggil purdah,
Indonesia panggil cadar.
Arab panggil niqab. Bukannya purdah tu niqab half. Dan niqab itu yang menutup dahi yee kawan- kawan ^^.

Sambung balik, dengan tudung labuhnya. Dengan 'peace' dua tangan di muka tapi jari terbengkok sikit dan lutut dibengkokkan. 

ALLAH! Tabahkanlah hati niqabis yang tak tergolong dalam golongan ini mendengar kata- kata cemuhan daripada orang luar! 

Maaf andai menilai.
Hanya meluah rasa hati.

Maaf andai ada yang terasa hati.
Hanya menyuara keperitan hati.
Tak niat nak menyakitkan hati.
Apa- apa yang menyinggung aku minta maaf sangat- sangat. :)

Jangan Hanya Setitik Nila, Rosak Susu Sebelanga.
Irdina, 26/11/2015


Tuesday 24 November 2015

Hukum mendengar lagu ataupun muzik.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


Hari ni dalam kereta otw dari rumah ke UUM yang memakan masa sebanyak 30 minit, 
dapat ilmu dari ibukuuu hee.

"Kak Long, Kak Long tau dak kumpulan nasyid Hijjaz?" Ummi tanya aku.

Aku yang tengah makan cucoq kembong pandang ummi, "Hmmm..."
"Tau.. Kenapalahh?" - aku.

"Dulu hijjaz ni music background dia guna kompang, gendang macam tu tau. Pastu haritu ummi bukak radio IKIM.FM terdengar satu lagu ni best.

Rupanya daripada hijjaz. Kumpulan Hijjaz dah guna macam gitar laa macam tu.. Dah moden ada change dah..

Semoga makin berkembang dakwah Hijjaz dengan lagu nasyid." -umi

"Ohhh.. Tapi kan miyy, ada yang mengatakan muzik muzik haram?" - aku. Kembali makan cucoq cicah Sardin dalam tapawee. a.k.a Tupperware.

"Hmm ya eh?" -umi

"Haritu kak long tengok satu tutorial tudung dekat Youtube berlatar belakang lagu Maher Zain tajuk apa tah.

Scroll comments, nampak ada dalam 1,2 users not malaysian said that music is Haram. But the malaysian just don't care. How is it, Miyy?" Speaking lak aku huahuahua.

"Hmm tulah kan kak long, banyak khilaf ulama' . Tapi kan.. Tengok pada niat seseorang. Contohnya macam tujuan berdakwah. Tapi kalau niat nak memikat ajnabi hukumnya HARAM."-umi

NI DARIPADA PENJELASAN AKU, AKU TAIP BAGI TERPERINCI, OK -------

"Macam ni umi, banyak khilaf tapi yang kak long pernah dengar ceramah..

Hukum mendengar ALAT MUZIK bertali adalah HARAM J.I.K.A dapat berpaling daripada syari'at Allah. Dan jika ia memuja- muja syaitan ataupun berhala pun HARAM.

Jika ia lagha pun HARAM. Tetapi,

Muzik seperti semangat patriotisme akan negara adalah HARUS, harus di sini bermaksud boleh.

Muzik seperti jihad perang boleh jadi sunat sebab boleh naikkan semangat kita nak berjihad Lillahi Ta'ala.

Muzik macam kita ni. Cinta- cinta, korea- korea. Adalah makruh :) Tapi boleh jatuh haram kalau lagha, lambatkan waktu solat contohnya."

Terang tak? Panjang sebenarnya conversation tapi malas nak taip huahuahuahuahuahua.

Wallahu a'lam. Kalau salah harap betulkan. Diri ini masih jahil.

Monday 23 November 2015

Kenapa Kapal Terbang boleh terbang? Kenapa ia boleh terhempas?


Tiba- tiba jek umi tanya aku,

"Kak Long, cuba teka, macam mana kapal terbang boleh terbang?" 

Aku pun cam pelik sikit. Sikit ja hahahah. Umi memang suka tanya apa apa kat aku. Tapi tetiba kapal terbang pulak.

"Hmm...." Aku pikiaq sat.

"Sebab dia ada enjin? Ada sayap untuk menstabilkan dia? Dan benda dalam airplane boleh jadikan dia terbang?" Hehehehe tak sabaq nak tengok jawapan sebenarnya apa. Banyak jawapan aku. Hakhak.

Tapi umi tak terus bagi jawapan, umi tanya lagi,

"Kenapa burung boleh terbang?" 

"Sebab Allah bagi dia sayap untuk terbang." laju pulak aku jawab kali ni. Huehuehue

"Hmmm...  Okey, okey.. Kenapa pulak kapal terbang boleh terhempas?" Banyak pulak umi tanya. Aku layan jerr.. Tak kisah, kami memang suka borak pasal alam yang Allah cipta ni ^^ .

"Sebab mungkin skru tercabut ka.. Kan hanya 1 skru. kapal terbang boleh terhempas jugak. Ataupun minyak habis.. Ataupun dalam airplane tu problem kaa... Kutt. Heeehehehehe." Merapu jek jawab.

"Kenapa pulak burung boleh jatuh?" Umi tanya lagi.

Yang ni serious aku tak tahu.

"Emm.. Entahlah miyy, haa. Apa jawapan dia?" 

"Semua ni kuasa Ar-Rahmaan. Semua Dia cipta. Semua dalam alam ni, apa yang nak jadi. Allah yang izinkan. Cer Kak Long fikir. Kapal terbang, dia besi. Berat kut. Macam mana boleh terbang? Logik dak? Sedangkan bola pun melantun tinggi dan jatuh semula dalam masa singkat walaupun ia ringan.

Haa, kan? Tengok. Kapal selam, berat ooo, besi! Macam mana boleh terapung. Feri? Walaupun Hovercraft tu boleh terapung sebab ada udara, tapi kalau Allah kata tenggelam, tenggelam lah.

Sama macam kapal terbang. Semuanya atas izin Allah. Kalau dikatakan terhempas, terhempas lah. Kereta pun, kalau kata accident, accident lah."

Muhasabah guys. Kita ni, bernafas, hidup pun atas izinNya. Kalau dikatakan Allah tak izin kita bernafas harini? Kita pindah alam seterusnya?

Hidung tersumbat masa selesema, tak boleh bernafas sehari pun dah merungut. 

Belum lagi sesak nafas buat selamanya. Belum lagi menghadapi sakaratul maut.

Sakaratul maut. Hang pi ambik pisau paling tajamss kat dapoq
tangan kanan pegang pisau, 
Tengok tangan kiri, hiris kulit, hingga isi.

Buat 1000 kali. Kita kena jarum sikit pun dah 'auchh!!' tak boleh nak pegang apa- apa.

Apatah lagi sakaratullll mauttt. Semua akan menghadapinya. Aku, hang, depa, semuaaanya. Mati itu benar. Sakaratul maut itu benar. Barzakh itu benar. Syurga itu benar. Neraka itu benar.

Cuma ia pilihan pada kita. Choice guyz, jannah or jahannam?
Go, pilih.

Dunia dah tuaa lahh awakk.. Dunia ni fake aje.. Taubatlah. Mati tak tunggu kita bertaubat. Sebelum pintuu taubat tertutup..


'

Sunday 1 November 2015

Ummi 'hilang'.


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

One tragedy when I'm in my room with Kak Ngah.
Tiba- tiba blackout! Ya Allah. Apa lagi, aku pun terus keluar dari bilik dengan Kak Ngah terus ke bilik umi. 

Sampai dalam bilik umi terus ke katil. Nasib baby masih tidur ... Tangan meraba- raba katil dalam gelap. Mana umi ni.. Aku dah tak sedap hati. 

Tengok sikit luar tingkap.
Nampaknya satu taman blackout.
Bukan satu taman. Dari sini sampai Changlun blackout haa.

Aku tanya pada Kak Ngah. 

"Kak Ngah. Mana ummi?"
"Err.. Tulaa mana ummi?" Kak Ngah tanya aku balik.

Aku pun cari umi. Nak buka bilik air tapi takut. Gelap.
Nanti lain dicari, lain dapat.

Buka sikit. Tak ada!

"Ummi! Mana ummi?!!" Aku jerit satu rumah.
"Ummi! Blackouttt!!!" Mungkin ummi kat dapur? Ataupun tertidur dekat ruang tamu atau mana- mana? Tapi tak sedar?

Adik Izzah terjaga dan menangis. Izzul pun terjaga.. Tanya mana ummi.

Aku sebagai anak sulung dah takut tahap gaban.

"Ummmiii!" Lagi sekali aku jerit.

Adik- adik lain dah ketakutan. Depa pun ikut jerit sekali,

"Ummi! Ummi! Manaa Ummi!."
"Ummi janganlah buat main!"
"Ummmmiiiii!!!"

Dah tak kisah kalau jiran dengar.

5 minit tanpa jawapan. Akal dah fikir macam- macam. Macam mana ni, dengan adik baby.. Dengan adik kecik- kecik. Ummi mana? Hilang ke mana? 

Aku takut nak cari dekat luar bilik tapi takut... gelap. Aku intai intai ja dapur tak ada sesiapa, ruang tamu pun.. Kalau ada kat dapur pun, takkan kutt. Sebab aku tak dengar ummi basuh pinggan atau iron baju kat ruang tengah..

Ataupun diambil benda tu... Dah lah memalam.. Jantung dah dug dag dug dag laju.

Adik- adik dah menangis kuat. Mana ummi.... Baba duduk di masjid, tak balik lagi selalunya waktu ni. Dalam sekitar pukul 9 malam time tu.

Duk pakat tanya kak long.
"Kak Long... Adik takutt.." -Izzah.
"Kak Long... Mana ummii.... Takutlah kak long.."

Aku tak tau nak jawab apa. Sebab adik- adik jerit kuat sangat, baby terjaga dan menangis.. Aku angkat dan tepuk- tepuk. 

"Ummi!! Baby nangiss.." Cuba lagi walaupun tahu tak akan disahut.

Aku nekad.
Nak pi rumah jiran sebelah kata mak aku hilang.

Sebelum tu aku tengok dulu diri aku. Seluar and baju lengan tiga suku. Alahh memalam bukan nampak.

Aku suruh Kak Ngah pegang sat baby. Nak pakai telekung. Baru ja nak keluar,....

Aku terkejut. Jantung rasa terkejutttt sangat. Zaaaappppp!
Sesusuk tubuh di hadapan... Ya Allah!

Aku terus pi dekat ummi.
Ya Allah..

Ummi kenapa buat macam ni? Terkejut kak long. Janganlah main sembunyi- sembunyi waktu gini.

Ummi gelak "Hahahahhahaha kak long ingat ummi pi mana?"
"Hishhh ummi ni... Tak baik oooo. Ingatkan diambil benda..." Jantung aku reda sikit tapi masih dub dab hihihi.

Ummi, kak long takut kehilangan. Kehilangan ummi. Always be beside me okayh ^_^ because I always with you everytime. Muachh a lot.




Friday 30 October 2015

Zuhud




Harini terdetik hati nak buka blog. Taip entry setelah berkurun lamanya aku tak bukak. Exam pun ada lagi 3 paper. Ohhh !

Dan tiba-tiba jugak teringat time dekat meja makan...

Aku dah habis makan dah. Lauk tomyem + telur dadar + Sotong celup tepungss. Aku makan tomyems ands telur ja. Setelah itu nak bangun pi dapoq basuh pinggen and bancuh ayaq coco A plus (dap oo). 

"Aik, dina, tak mau tambah lagi ker? " Baba aku tanya a.k.a ayah a.k.a bapak gue.
Aku geleng 'head' ja.

Sebab aku kalau makan nasi memang tak tambah. Kecuali lauk peberet macam. macam.. Gulai Kulat. Nyammii :3 ! 

"Hmmm semua kat meja makan ni zuhud betoiy. Makan sepinggan ja tak tambah dah. Beribadah lebih. Alhamdulillah..." Begitulah bunyi ayat baba aku.

Aku kat dapoq qenyeh ja a.k.a senyum tayang gigi sambil bunyi hihihi kat mulut.

Dalam hati berkata, Zuhud laa sangat hahaha. 

Back to the point. Sebelum mula, mari tengok hadith dulu

الزهادة في الدنيا ليست بتحريم الحلال ولا إضاعة الناس ولكن الزهادة في الدنيا أن لا تكون بما في يديك أوثق مما في يدي الله...

Maksud: Zuhud terhadap dunia itu bukanlah mengharamkan apa yang halal dan mensia-siakan harta. Tetapi Zuhud terhadap dunia ialah kamu lebih yakin dengan apa yang ada di sisi Allah daripada apa yang ada di tanganmu... (Riwayat al-Tirmizi)

 Bila mendengar perkataan zuhud kebiasaannya kita beranggapan orang zuhud itu miskin, tidak berharta, tidak mengejar dunia, ulang alik masjid, tidak memandang dunia, dan seumpamanya. Betul ke itu ZUHUD?

Dia mengumpulkan kekayaan untuk lebih banyak bayar zakat, dapat membantu ramai yang memerlukan, dia tidak kedekut, biarpun dia memiliki kenderaan dan rumah yang besar. Sumbangannya terhadap agama juga seumpama kenderaan dan rumahnya yang besar.
Dia tidak merasakan kekayaannya itu miliknya tetapi dia lebih yakin semuanya itu pinjaman daripada Allah. Jika Allah menarik nikmat kekayaan darinya, dia tidak merasakan suatu kehilangan kerana dia tahu Allah ada bersamanya.
Dunia bukan di hatinya, dunia hanya di tangannya. Semakin banyak dunia yang diperolehnya, semakin dekat dia dengan Allah. Inilah contoh zuhudnya Sahabat Baginda saw iaitu Abdul Rahman bin Auf, seorang multi billionaire yang zuhud.
Ya, inilah erti zuhud. Tetapi jika dia merasakan dunia ini terlalu besar baginya, adalah lebih baik dia meninggalkan dunia dan mengejar akhirat yang kekal. Maka tepuk dada tanya iman kita...
Maka berZUHUDlah.
Wabillahi at Taufiq.

Monday 31 August 2015

BERSIH 4.0

Bismillahirahmanirahim. .
Hari ini 31/08/2015.

Kak Hassanah's photo.
Allah bagi ibrah menarik. Bukan setakat diberikan 'sakit' untuk menghapuskan dosa-dosa kecil, lalu terlantar di wad kecemasan begitu saja, tapi Allah bagi ilmu menarik melalui perantaraan dari seorang doktor. Sampai saja di Bahagian Emergency, terus dibawa masuk oleh dua orang jururawat. Selesai cek dan tanya sekian sekian, saya dibaringkan di katil, kemudian saya lihat ada jururawat membawa troli barangan suntikan, set kecemasan (laryngoscope, endotracheal, tube). Diperiksa tekanan darah, dan disambungkan pula dengan air. Sakit juga bila dicucuk pada tangan yang lembut, terfikir itu baru sikit. Macam mana dengan mati ? Allah.
Setelah beberapa jam, datang seorang Doktor lelaki. Dia hampiri saya dan tutup langsir area katil yang dikhaskan untuk saya. Kemudian dia tanya, masih rasa lemah ? Saya geleng kepala dan cakap tidak. I'm ok Doctor. Dia reply, sure ? Yes. Saya jawab laju hatta kepala masih pening, padahal saya just rasa syeram bila ditutup langsir. Lagi-lagi doktor muda, erk.
Kemudian dia buka semula langsir, sambil dia buka langsir tu, dia sempat tanya.
" Student ? Yup. Saya jawab ringkas. Ada datang ke perhimpunan Bersih ? Selalunya student yang ramai turun berhimpun. "
Erk. Tak tak. Tak turun. Malas. Saya jawab random.
" Kalau saya jadi student, dan tak sibuk di hospital, saya pasti turun. "
Doctor tu bersuara, dan mengambil tempat di kerusi sebelah katil. Dalam hati buat andaian, dia ni macam tengah free je. Baik bawa debat hehe. Kemudian saya tanya,
Kalau Doctor turun bersih, Doctor dapat apa je ?
Entah kenapa soalan ni tetiba rasa nak tanya.
Doctor tu jawab,
" Semangat perpaduan, dapat rasa semangat patriotik sebagai rakyat Malaysia, dapat bersatu menentang kezaliman, dapat berusaha tegakkan kebenaran, dapat jumpa tokoh-tokoh besar yang berjasa pada negara. Sebab Malaysia sangat kotor, kita nak bersihkan penipuan-penipuan korap, duit rakyat banyak kena telan. Rakyat yang susah dan miskin yang kena, orang kaya tak rasa. "
Bila nampak Doc tu bersuara, saya pun apa lagi. Saya betulkan badan, bangun perlahan-lahan dan duduk bersandar semangat nak timba ilmu. Then saya tanya,
Dah tu, kalau Doctor turun perhimpunan bersih, effect apa je yang ada ? I meant, Najib turun ke apa ke, ops maaf. Dato Najib.
" Hahahaha "
Ketawa berdekah doctor tu, Terkejut bak hang. Jururawat yang ada di kaunter just perhati je.
" Memang Dato Najib tak turun. Tetapi at least dia 'sedar' dan rasa 'malu', media seluruh dunia datang termasuk Aljazeera bagai. Kita bukan nak turunkan PM semata-mata. Kita nak new leaders yang boleh pulihkan Malaysia. Ekonomi jatuh teruk dan merosot. Beza sangat dengan Singapore. 50-60 tahun UMNO dah pegang, yang miskin terus miskin. Yang susah terus susah. Banyak benda tidak betul, rasuah bermaharajalela. Apa sudah jadi ? "
Habis kenapa mesti pakai baju kuning ? Saya tanya random lagi sekali.
" Sebab tidak ada mana-mana parti politik warna kuning. Perhimpunan inilah yang menggabungkan seluruh manusia untuk bersatu tidak kira dari parti mana. "
Then Doctor dapat apa je lagi, if Doc pergi Bersih ?
Doctor tu geram tengok saya tanya soalan yang sama, tapi yang bestnya dia still nak jawab.
" Bila kita join perhimpunan tu, kita dapat belajar jadi pemimpin nak handle ratus ribu juta orang. Dapat tunaikan hak demokrasi, hak sebagai rakyat. Hak besuara. Hak memulihkan keadaan. "
Dapat belajar jadi pemimpin ? Then who the leader ? Saya saja putar belitkan. Terus-terusan soalan random saya beri.
" Rakyat is the Leader. Mana pergi hak kebebasan rakyat untuk bersuara ? Dah cakap cara baik, PM tak dengar. Rosmah tak dengar. UMNO tak dengar. Buat GST. Membazir duit. Mata wang jatuh teruk. Masih nak diam ? "
Kali ini saya seperti ditikam kena sasaran. Saya tarik nafas panjang, dan buka point seterusnya.
Habistu apa pendapat Doc dengan percampuran perhimpunan bukan mahram ? Bersesak ribuan manusia lelaki dan wanita. Bergesel sana sini ?
" Habis, orang pergi haji bercampur laki perempuan, macam mana ? "
Saya ditikam lagi sekali. Aduh.
That's why saya tanya doctor, saya nak tahu jawapan Doctor.
" Tengoklah kesesuaian. Kita bukan nak bergesel, kita nak berhimpun. Biar satu dunia nampak. Kita ditindas. Masih butakah ? Masih belum bangun dari tidur ? "
Ke berhimpun sambil bergesel ?
Kali ini, saya yang menikam doctor. Entah kenapa saya beranikan diri tanya soalan tu.
Dengar sedikit gelak dan dia sambung bersuara,
" Depends. Bergantung pada individu. Dah kalau nak nak bergesel, bergesel lah jadinya. Setiap benda dimulai dengan niat. Ada tidak tujuan bersih tu tulis kita nak bergesel ? "
Kali ini ramai mata-mata memerhati perbincangan kami termasuklah jururawat dan pesakit di sebelah kanan kiri depan dan belakang katil.
Then berjayakah sebuah perjuangan andai kita gabungkan dan campurkan dengan kebathilan ? Percampuran lelaki dan wanita terutamanya, dan pakaian wanita-wanita yang berada di sekeliling lelaki itu sendiri ?
Semakin semangat saya meneruskan agenda perbincangan dan mengajukan soalan lagi dan lagi. Langsung tidak hirau sakit yang tadi menghantui diri.
" Ya. Soal pakaian kita hormati hak agama lain. Agama mereka ialah hak mereka, kita kena hormat. Bukankah Allah perintahkan kita tegur pemimpin yang buat salah ? Rasulullah sendiri pergi suap mulut orang yahudi. Rasulullah balas segala kebencian dengan rasa sayang. Kita sendiri pilih nak yang benar atau bathil. Asingkan lelaki dan wanita adalah satu kesalahan lain. Kesalahan yang terbesar adalah pemimpin zalim yang masih berkuasa untuk memimpin. "
Kali ini saya terdiam. Sesudah 5 saat, saya sambung lagi,
Kenapa setiap kali perhimpunan bersih seolah-olah pemimpin buat tak tahu ? Tetap di 'lorong' yang sama. Tetap sia-sia bukan ?
" Rakyat buat adalah simbolik kesepakatan rakyat. Pemimpin buat tak tahu sebab diorang tidak nak berfikir. Terlalu pentingkan diri. Ego pertahankan melayu walaupun melayu mundur. Sanggup biar jadi apa pun. Asal melayu dekat atas. Sekalipun pemimpin bodoh. "
Baik Doctor. Baik. Saya nak tanya lagi, adakah perjuangan itu benar kerana perjuangan atau emosi membabi buta semata-mata ? Dan kenapa tak ubah apa yang 'patut ubah' ketika berhimpun. Contohnya hanya menggariskan syarat lelaki saja yang berhimpun untuk menjaga hak dan maruah wanita, lagi-lagi menjaga imej sebagai negara islam. Why not ?
Doctor terdiam.
1 saat, 2 saat, 3 saat.
" Soal ubah semua tu benda yang ada stepnya. Pelan-pelan asalkan ada usaha sehabis baik. Bukan kita taknak ubah serta merta tapi kita nak step by step. Pembangkang adalah pencadang idea bernas. Bukan semata-mata pembangkang nak suka-suka bangkang. Kamu tengok apa dah jadi dengan negara. Duit jatuh, seksa tau tidak ? Kesian mereka yang ada di luar negara. Terpaksa tambah 9-10k seorang. Tidak gila ke ? Kalau 100 orang dah sejuta kan ? Dekat mesir misalnya, Ada 1000 melayu duduk sana. Kamu darab kan. Kita nak step by step. Tidak terlalu ekstrem serta merta. Ada hikmah. Dan mungkin kelemahan-kelemahan yang tidak disengajakan itu sentiasa ada. "
Huh. Puas jiwa saya dengar setiap butir bicara dari Doctor itu. Paling seronok part akhir dia cakap,
" Kamu sayang PM ni. Teramat-amat sayang. "
Erk. Hampir tergelak saya. Kemudian saya teruskan misi untuk sampaikan isi tersurat.
Doctor. . I'm sorry to waste your time. Kali ini saya nak doc biarkan saya explain. Then choose agree or not. Firstly, thanks for everything, sudi kongsi dan tukar ilmu dengan saya. Seriously, this is my first time dapat bertukar ilmu, lagi-lagi di wad emergency. Nampak tak logik right ? Actually this is my 'taktik'. Taktik to find the knowledge, to change the knowledge. Even di mata kasar seolah-olah saya memperlekehkan mereka yang berada pada saff perjuangan. Seolah saya tak betul, saya tak tegakkan hak, saya selfish. This is how to wash my brain actually. Ini cara saya doc. I'm sorry. Bila dua pihak berbicara, satu pilih advantage dan satu pilih disadvantage. Kita dapat fikir bersama dan dapat ilmu lebih right ? Di sana pertukaran idea boleh banyak timbul. If doc know what i meant. Contohnya, selalu yang saya buat ketika study, apabila berada di makmal anatomy and pysiology. Lect akan tanya semua student. Hatta 99 orang student menjawab A. Saya tetap menjawab B ketika discussion. Even saya tahu yang sepatutnya jawapan betul adalah A. Saya suka akan perbezaan. Dan saya sangat cinta akan sikap 'raih pendapat'. Semakin banyak diterokai, semakin tahu betapa jahilnya diri. That's my self doctor.
Ternganga Doctor tu lihat saya. Last dia cakap,
" Andai ramai pemuda berfikiran seperti kamu. . "
No. No doc.
Laju saya potong bicaranya.
Saya tidak nak pemuda fikir seperti saya. I want more than that. Sebab apa ? Perempuan boleh jadi pemimpin di kalangan perempuan, tetapi lelaki boleh pimpin lelaki dan perempuan.
Angguk-angguk doctor dengar jawapan saya.
اسمي نورالحسنة
عمري حادي وعشرون
من ماليزيا
اكره الظالم
Saya Nurul Hassanah
Berumur 21 Tahun
Dari Malaysia
Saya benci kezaliman
Allahu Akbar !
Kak Hassanah
31/08/2015
This entry sepenuhnya daripada 
Kak Hassanah
 :) Search FB beliau :)


Pencarian Bloglist September 2015 di Blog Lyssasecret.Com


Selalunya asyik terlepas ja giveaway dengan owner blog terkenal ni. Yalaa asyik tak bukak blog ja.. Sapa tak kenai habaq mai?! Kak Lyssa Faizureen ekekeke. :p



Peberet entries dari blog di LyssaSecret.com ;



Saturday 29 August 2015

Didikan Allah Sewaktu Dalam Koma.

Rahsia Pramugari Terbongkar Di Haramain | Didikan Allah Sewaktu Dalam Koma.


Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah,tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.
Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.
Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.
Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.
Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.
Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.
Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.
Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.
Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.
Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.
Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.
Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.
Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.
Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?"
“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.
Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.
Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.
Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.
Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat. Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang puan pergi haji ini?"
"Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,
"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.
"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.
"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.
Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.
Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.
Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."
Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.
Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,
"Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.
Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."
Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.
Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.
Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.
Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.
"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.
Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.
Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.
Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.
Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.
"Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.
Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.
Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh.
Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan."
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.
Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.
Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
"Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.
Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.
Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.
"Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar."
Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. 
Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya.Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa."
"Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok?Itu sehari,kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah..."
"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.
Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.
Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?
Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?
Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?
Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat.. .
 | استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه |

Kenapa saya berniqab? -Kak Hassanah


Bismillahirahmannirahim. .
Kenapa saya berniqab ?


Soalan yang seringkali di ajukan di dalam inbox fb, Bacalah dengan nama 'Tuhanmu' dan hayatilah. .
Saya yang kalian kenal sebagai 'Kak Hassanah' adalah seorang anak yang lahir dalam keluarga yang agak besar (Sabahan Mix Chinese). Sebelah mak mostly not yet muslim, sebelah ayah juga not yet muslim. That means kelompok keluarga yang beragama islam hanya dalam 20% saja berbanding 80% yang beragama lain. Kenapa saya kata beragama lain ? Kerana keluarga saya terdiri dari pelbagai bangsa dan agama, ada anty yang kahwin cina, ada anty yang kahwin indian, ada sepupu yang kahwin orang iban, ada pakcik yang kahwin mat salleh, ada pakcik yang kahwin kelantan, dan sewaktu dengannya. Pendek kata, ramai antara mereka yang kahwin campur. Kalau nak imagine pula bilangan anak cucu cicit atok dan nenek, bayangkan saja, sebelah mak atok kahwin 2. Kahwin pula usia muda. Sebelah ayah atok kahwin 1. Tapi juga usia muda, dalam lingkungan 12 tahun sudah beranak pinak. Maka terhasillah beratus-ratus cucu cicit yang tak pernah putus-putus. Dasattt bukan ?
Pakaian wajib mereka bila ada event family day semestinya pakaian seksi meksi, hatta saya sendiri minat pakaian seksi. Perempuan mana yang tak suka dipuji ? Tapi seksi manapun mereka, satu yang saya salute tidak ada antara mereka yang terjebak dalam kes 'terlanjur' dan sebagainya.
Mana ada bayi yang terus lahir pandai membaca. Mana ada manusia yang tidak punya masa lampau, hatta untuk menjadi rama-rama cantik pun ada fasanya. Inikan pula kita ? Ada satu masa, Ketika join sepupu perempuan dan anty-anty yang bujang keluar shopping, saya tersesat arah. Maksudnya mereka semua ada di mall sekian sekian, tapi saya masih menunggu mereka di mall sekian sekian. Diuji pula dengan telefon yang kehabisan bateri. Dulu mana ada power bank, mati bateri tamatlah riwayat.
Dompet pula tiada wang. Sudah beli pakaian ini itu. Macam mana nak balik tiada duit ? Nak menangis dapat apa ? Nak marah dapat apa ? Saya pun jalan ke sana sini seperti orang gila mencari arah tujuan. Dalam hati berdoa, mudah-mudahan terserampak dengan mereka. Tapi hampa. Hari semakin gelap, badan sudah letih, tekak sudah haus. Sudah tidak bermaya. Saya ambil keputusan untuk stay rehat di perhentian bas, mana tahu nampak kereta anty lalu. Dan akhirnya terlelap. Masa syok terlelap tu, dengar laungan kuat,
ALLAHU AKBAR. . 2x
ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH. .2x
HAYYA' ALASH-SHALAAH. . 2x
HAYYA' ALAL-FALAAH. .2x
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR. .1x
LAA ILAAHA ILLALAAH. .1x
Habis saja laungan azan maghrib, ada sesuatu 'rasa' yang tidak pernah dirasa selama ini. Mungkin sebab suara azan yang sangat merdu dan sayu, mungkin sebab tenangnya jiwa mendengar seruan betapa Maha Besar Allah, dan mungkin sebab lain. Wallahi air mata jatuh. .
Bila nampak masjid depan mata, saya terfikir
" Orang yang masuk masjid mesti baik-baik. Baik aku pinjam hp sesiapa call family. Lagipun bahaya sendiri di sini. "
Dengan perasaan tak tahu malu dengan pakaian yang dipakai, saya sudah tidak memikirkan pandangan buruk orang, asalkan saya dapat balik rumah.
Saya terus setia berdiri di tangga masjid, menunggu kalau-kalau ada orang nak naik nak pinjam hp. Tidak lama tu, ada lelaki muda berserban putih, sebaik dia nampak saya, terus dia beristigfar tanpa memandang saya.
Berulang kali saya dengar istigfar. Rasa bersalah pun ada sebab sedar pakaian yang saya pakai tak sepatutnya dipakai.
Dia tanya,
" Ada apa-apa yang cik perlukan bantuan ? "
Saya angguk. Tapi dia diam. Baru perasan, dia still tak pandang saya. Mana dia nampak saya tengah angguk ke geleng ke. Saya pun bersuara,
" Ya. Saya nak pinjam hp. "
" Nama apa ? "
Dia tanya lagi,
" Hassanah. "
Saya jawab ringkas.
Terus dia pandang saya, dan cepat-cepat alihkan pandangan ke tempat lain. Terkejut barangkali nama tidak seperti peribadi si pemilik nama.
" Kamu tunggu di sini. Sekejap lagi isteri saya datang. Dia ada dalam kereta kebetulan ada barang tertinggal dalam kereta."
" Terima kasih. "
Hanya itu yang mampu saya lafaz.
Sebelum dia naik ke tangga seterusnya dia sempat pesan,
" Mana ada 'orang jahat' yang datang ke rumah Allah, melainkan mahu balik pada Allah. "
Ya Allah.
Deep. .
Sekali lagi air mata jatuh terkesan sangat. Tidak lama kemudian, nampak seorang wanita berniqab hitam berjubah hitam. Saya tidak cam wajah dia, tapi dari bentuk matanya saya dapat rasa dia seorang wanita yang sangat cantik. Dia bagi salam dan tanya kenapa saya berdiri di tangga. Setelah saya ceritakan sekian sekian dia ajak saya masuk masjid. Saya cakap, malu nak masuk sebab pakai macam ni. Dia pun pergi semula ke kereta dan sampai saja ke arah saya, dia bagi jubah hitam dan tudung hitam. Dia kata kebetulan tengah bermusafir dengan suami, beg pakaian ada dalam kereta. Dia suruh saya ke toilet tukar pakaian dan masuk ke masjid.
Dia sempat pesan,
" Kalau belum solat, ambillah wuduk sekali. "
Ya Allah.
Bermonolog sendiri, Susunan wuduk pun aku tak tahu.
Masa tu memang dah mengalir air mata dah. Bila nampak jasad depan cermin, cantiknya. Indahya tutup aurat. Tipu kalau tak jatuh air mata, then just basuh muka tanpa ambil air wuduk. Bukan tidak pernah belajar di sekolah, bukan tidak pernah diajar di rumah, tapi tak amal apa yang diajar. Maka jadinya tunggang langgang.
Perlahan-lahan saya masuk ke pintu masjid dan duduk belakang, selesai wanita tadi solat, dia tegur kenapa saya tak solat lagi. Saya jawab, tak reti bacaan dalam solat. Tak hafal. Panjang sangat. Bukan mak ayah tidak didik, tapi saya yang taknak dididik. Paling sebak, dia ajar cara-cara solat dari awal sampai akhir, sambil dia fahamkan sambil dia tulis setiap bacaan solat dalam sekeping kertas. Kalau tak silap hampir 5,6 kali dia ulang sehingga saya faham sungguh-sungguh. Di baris bawah dia tulis,
" Solatlah. Kamu akan lebih kenal Tuhanmu. "
Saya cakap dengan kakak tu terima kasih, lagi-lagi dia dan suami sepakat nak hantar saya balik rumah. Hanya Allah yang balas jasa baik mereka.
Saya tanya dia,
" Kenapa Kak berniqab ? "
Dia buka niqab depan saya dan senyum. Masya Allah tergugat jiwa lihat wajah dia.
" Sebab muka akak cantik ye ? "
Saya tanya dia laju.
Dia geleng. Dan kata pada saya,
" Cuba pakai niqab itu. "
Saya pun try pakai, macam gaya dia pakai tadi. Sebaik secebis kain menutupi wajah, air mata saya jatuh. Dia cakap, Subhanallah berulang kali setelah melihat saya. Then tanya, apa yang kamu rasa setelah berniqab ?
" Tenang. "
Saya jawab ringkas.
Dia kemudian pakai semula niqab tadi, dan keluarkan satu niqab stok dalam beg tangan. Dia jelaskan selalu kalau pi mana-mana mesti ada stok niqab dalam beg tangan takut yang dipakai kotor. Dia hulur, katanya sebagai hadiah dan siap pesan, cuba cari ketenangan yang kamu cakap tadi.
Dari kejadian itu, saya bertekad pada tahun 2013 untuk memakai niqab.
Saya digelar ninja, saya digelar penjahat, saya digelar si gadis topeng, paling dahysat saya digelar syiah oleh bestfriend sendiri.
Saya dimaki, dicaci, dikutuk, diumpat, diketawakan, dihina, diperli, disakiti, oleh keluarga dan rakan-rakan. Paling banyak menyaksikan air mata hijrah saya ialah sahabat dunia akhirat, Nurul Ain Sohrab II.
Sampai satu saat, semua yang berkata buruk terhadapku sudah hilang kata-kata. Saya jangka saya akan bertambah sepi di dunia yang serba moden dan canggih ini, saya sangka saya semakin tersisih dalam masyarakat islam saya sendiri. Namun Allah memberi keterangan yang nyata kepada saya, jika sesuatu itu secara fitrah dan syariat bahkan punya hujah di sisi-Nya, tiada siapa yang mampu menghapuskan amalan tersebut dari kalangan wanita yang mahu memilih niqab sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada-Nya.
Jika selama ini kalian baca dan dengar pengalaman dari individu berbeza mengenai kenapa mereka berniqab ?
Maka kebanyakannya mengeluarkan hujah yang sama bukan ?
Dan bila ditanya soalan itu kepada saya, satu yang saya nak cakap.
" Pakailah secebis kain itu dan 'rasa' kenikmatan dan keindahannya. "
Again,
Pakailah dan rasakan.
Berhijrah itu tidak susah,
Susah itu hanya dalam fikiran kita. It's not difficult to change, the diffculties come within us. Begin with a step.
Be the change.
Whatever you are going through, may Allah take it easy for you. Be patient, better time will come, Insha-Allah. And don't forget to say alhamdulillah for every situation in your life.
" Sometimes the people with the worst past, create the best future. "
- Saidina Umar
Hanya yang berpuasa merasai nikmat puasa, hanya yang berhijrah merasai nikmat hijrah, hanya yang bertaubat merasai nikmat taubat, hanya yang menangis merasai nikmat air mata.
Menangislah tapi jangan pernah mengalah.
Wanita itu diciptakan dengan sangat seksi, tetapi seksilah pada cara yang betul. Being sexy doesn't mean you have to show your aurah.
Hassanah,
I love my name and i love my self.
Have faith !