Saturday 13 February 2016

The Power of Solat Sunat .

Assalamualaikum. Maaf sangat- sangat sebab tak tepati janji nak buat entry ni dalam post Ukasyah kelmarin. Balik kampung. Ni type kat kampung. Line agak..

Faham faham la k hahah.

      The power of solat sunat -

      Baca dulu cerita ni. 
Di Mahsyar..

Giliran seorang hamba Allah untuk dihitung amalannya. SOLAT. Dicheck satu per satu oleh malaikat. Yang solat, tick tick tick tick tick.

Bila dah siap kira, Allah bertanya.

“Macam mana? Penuh dak solat dia? Ka ada yang tinggal?”

Kemudian malaikat menjawab.

“Solatnya penuh, tak ada yang tinggal.”

Allah berkata lagi,

“Jangan masukkan dia ke dalam syurga lagi, cuba check, adakah hambaKu itu khusyuk?

Masa solat dia tak fikir nak update status dakwah kat wechat dia apa satgi ataupun memikirkan dunia?

Dia solat awal waktu dak? Ka dia lambat- lambatkan? Adakah dalam solatnya menumpu seratus peratus?

Ataupun dia masih fikir hal dunia dengan solat macam ayam patuk makanan?”


“Ya Allah, hambaMu itu, solat dia masih not perfect yet. Masih berlubang- lubang. Time solat, dunia ada dalam otak dia.

Jasadnya sujud, rukuk, takbiratul ihram ok aje cuma hatinya tak seiring dengan perbuatannya.

Jiwanya melayang duk pikiaq hal dunia. Fatamorgana. “ Jawab malaikat.


Allah berkata.

“Oh. Kalau orang macam tu. Neraka Saqar lah tempat sesuai untun dia. Sebelum dia dimasukkan dalam neraka tu, dia ada modal masuk syurga dak?”

“Ada Ya Allah.. Dia selalu solat sunat rawatib. “ Balas malaikat.

“Kalau centu. Tak yah masukkan dia ke neraka. Masukkan dia ke dalam syurga.”

Haa see? Ok kita di dunia, kita kena ada saham akhirat. Mungkin ibadah wajib kita la ni still not perfect. Ha Ha. Time solat pun pikiaq nak buat vlog kat youtube macam mana lagi. Duk teringat pet society. Tak khusyuk!

‘Aikk. Tak khusyuk pun berdosa ka?’

‘Yaa. Ok macam mana nak habaq.

Ok.

Senang defenisi dia gini . Kita siapa?
HAMBA.

Allah cipta kita. Macam macam Dia bagi. Takkk terhiiiiituuuunnnggg sangat sangat. Kalau aku list ni panjangggg sangat apa yang Dia bagi. Ok aku bagi dua ja. Yang nikmat.

Udara. Udara pun Allah masih bagi kat kita sebab kita masih banyak dosa. Kalau tiba- tiba udara kita Allah tak izin kita tarik hembus??

Badan. Sihat tubuh badan. Nampak biasa. Tapi bila hidung tersumbat dua dua belah? Tu baru tersumbat, dah tak tahan. Kalau tak dak hidung? Kalau tekak tak dak? Hampa minum seTONG AYAQ pun takkan hilang dahaga hampa tu la. Kebuluran laa. Allah cipta semuanya perfect.

Hahahaha aku rasa nak list ja nikmat Allah bagi kat kita ni, tak pa back to our topic.

Kita ni just hamba Dia ja.
Jadi, Dia nak kita beribadat dengan dia. Patuh pada Dia.

Back to our topic.

Memang tak perfect lagi ibadah. Jangan kita berlagak tak mau simpan saham akhirat. Contoh saham akhirat adalah, zikir, sedekah (aku rasa nak buat entry pasal sedekah hihi), amalan sunat. SOLAT SUNAT adalah salah satunya!

Solat Sunat ni modal. Contoh,

Kita menjual contoh nya em tempahan tudung bawal. Kita buat dan jual. Bila dah dapat duit, kita bahagi kepada dua,

duit modal untuk kita belanja lagi barang- barang tempahan kita. Duit minyak kereta ulang alik pi nagoya beli kain, duit kain. Pi kedai, jahit tepi. Kita guna duit modal kan. Dan kita menjahit lagi untuk pelanggan. :D

dan

duit simpanan.

Sama macam solat sunat. Ia modal. Tapi bukan di dunia, di akhirat. Lubang- lubang masa kita solat yang tak berapa nak sempurna, kita guna modal solat sunat kita untuk cover lubang- lubang yang tak sempornaaa ituu.

:D Faham?



Friday 12 February 2016

Kisah Ukasyah Ahlul Jannah !


Assalamualaikum.

Sedikit cerita kisah Ukasyah
Ummi bercerita tadi, tak mau lupa, aku tulis dalam belog hihi.

Ada satu hari tu, Rasulullah cakap pada sahabat- sahabat dia macam gini

" Sat lagi ada ahli syurga akan masuk masjid ni." (suka) :D

Lepas tu sahabat tunggu- tunggu. Ukasyah masuk. 
Ukasyah bin Muhsin. :)

Hari seterusnya, Rasulullah cakap lagi pada sahabat- sahabatnya begini

"Haa, satgi ada ahli syurga yang akan masuk masjid ni. " dengan gumbira ^_^

Sahabat pun okay. Nak tengok siapa ahli syurga tu.
Tunggu,
Tunggu,
Dan tunggu.

Ukasyah masuk.

Dan keesokan harinya lagi, Rasulullah cakap pada sahabat- sahabat die.

"Wahai sahabat- sahabatku.. Sat lagi ada ahli syurga masuk masjid ni." Kata baginda lagi. Seronok.

Dan sahabat tunguuuu lagi.

Yang masuknye dalam masjid tu
adalah

Ukasyah!

Sahabat- sahabat tertanya- tanya. Lalu depa pun pi tanya Ukasyah.
Nak tau apa depa tanya? Heee sambung baca yehh.

Depa tanya laguni (begini) (loghat kedah la pulak ahaks)

" Ukasyah, nak tanya ni.. Hang ada apa- apa ka? Rasulullah selalu sebut 
hang adalah ahli syurga yang nak masuk masjid." - Sahabat

" Emm.. Buat apa? Aku tak buat apa pun lah. Tapi, satu ni ja lah kot nohh.. Aku
selalu memaafkan orang lain walaupun ianya amat perit."

-- Tamat -- Allahu :) 

Haa tengok, dengan hanya senang memaafkan, dia boleh menjadi ahli sorgaa.
Wahh amazing right?! Moga kita ambik teladan ukasyah adalah ahli syurga dengan memaafi. hihihi. 

Selalulah memaafkan. Kita insan biasa.
Sedangkan Rasulullah yang dilempar tahik, dibaling batu pun memaafkan mereka.

Kita? Siapa kita nak tak maafkan orang? Hihi
Remember

Memaafkan  Walau perit,
Kerana ia membawa kita ke SorgaNya :)


Haa Isya dah ni satgi ai nak cerita pasal Solat sunat! Daripada hampirrr hampirrr masuk neraka... Jeng jeng jengg dengan bantuan solat sunat.. Jeng jeng jengg.. Satgi nahh

Yang tak pi solat lagi, jum jum. Ingat neraka Saqar buat yang melambat- lambatkan! Malaikat mautt. Malaikat kiri kanan. Dan ! Allah yang melihat ;) . 

#Assalamualaikum.
#TasbihKifarah
#SurahAl-Asr
#JanganLupa . :D


Genap Setahun Pemergian TGNA


1931- 2015

Tuan Guru Nik Abdul Aziz b. Nik Mat

Siapa yang tak kenal TGNA? Pastinya semua mengenali beliau u_u

Allah.. Sudah cukup setahun pemergian beliau. Satu permata yang pergi pada 12 Februari 2015. Sungguh amat terkesan pemergiannya. Rehatlah beliau di sana. Tohmahan, cacian beliau lalui, namun beliau tidak pernah berhenti dengan dakwahnya.

Insan yang baik budi perketinya. Akhlaknya, amat disegani ramai. Hidupnya tidak mewah. Cukup bersederhana.


Walaupun beliau adalah Menteri Besar Kelantan, tapi kehidupan beliau cukup sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.
Beliau juga melarang isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Tuan Guru Nik Aziz ketika muda (kiri).
Subanallah.
Tenang :)

Bukan jer Muslim merindui beliau. Ada non- muslim juga amat merindui beliau.
Sungguh perwatakannya amat mulia. 

Al - Fatihah. 

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١
 الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣
 مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤
 إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥
 اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦
 صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧

Thursday 11 February 2016

Ukhuwah Retak

Hey. I don't know why should I tell to the world ( I means blog, that all manusia in this world can read) . Ahah, It's okai. My blog, I'm just like. Mine, not yours selagimana tak salah.


"Ukhuwah yang sebenar takkan terputus 
 atas hal yang REMEH- TEMEH"

Bila faham dalam- dalam rasa sedih.
Huwaaaa !!
Tak mampu membina ukhuwah yang kukuh.
Bila datang hal remeh- temeh, semuanya hampir tumbang !

DIA INGAT KITA NI BOLA?
BILA BOSAN MAIN,
BILA DAH JUMPA KAWAN BARU,
BOLA TU DIBIAR SENDIRI TENGAH PADANG.

Bila dah dapat bola, main!
Sepak sepakk bushh.
Dah habis main, tinggal. Tak basuh apa pun.

Ingat bola tak terkesan? Ada lumpur lahh. Tak basuh pun

Ingat orang tak terkesan? Tiba- tiba menjauh tanpa khabar? Tiba- tiba pergi dengan orang lain? Dia rasa orang tu hati dia, jantung dia, tulang dia batu gamaknya. Keras dan tak ada perasaan?

It's okai then.
I am that ball. And you can just said pity you or no feels.
But that ball?
Hmmm,

Biarkan ianya tergantung tanpa jawapan.

RAMPASAN

Aha ha ha.
Siapa pernah?
The third manusiaaaaa
Ni pun seronoknya main rampas- rampas.

Nak kawan mai jalah join. Tak yah la sampai tak leh nak sembang dengan oranng tu.
Eh orang tu okai jeee. Bahagiya ngan third tu.

BTW ni perempuan ok tak ada melibatkan lelaki. aha.

Perempuan, tengok sahabat baiknya sendiri rapat gila dengan someone pun kita rasa macam.
Macam mana yaa??

JELES lebih tepat. Hahaha jangan gelakkan aku. 2 years ago. And parut dia masih ada.
Laaa jugak.

Kbai