Monday 31 October 2016

KEDAHnPULANG

Assalamualaikum.

Tau kan Piala Malaysia menang kat kedah kan? Dapat cuti kan hari Isnin?
Mak mak, ayah ayah kita pun cutilah hari Isnin,
Kita pelajar memang cuti Deepavali.

Isnin tu kita cuti Deepavali, bukannya kita cuti bola.
Ok, kalau depa lawan bole bola time bukan deepavali, hari kerja la katakan yang orang tak cuti, mesti satu Kedah cuti kan?
Tapi pelajar macam aku ni, takkan Deepavali dan Cuti Bola digabung sekali kot?

Hahahaaha point kat sini nak cuti lagi sebenarnya. Yalah, pukul 6 satgi kena balik Asrama dah.
Kut laa cuti bagi pelajar dibawa ke hari rabu. Hahaha dahla, exam pulak.

Doakan aku pulang ke Sekolah Menengah Bunga, Nyoq Island dengan selamat yah.
[Sekolah Menengah Al-Azhar, Pulau Nyior] SADLIFE OF BDKASRAMA

Saturday 29 October 2016

Malaikat Maut Buat 'Round', Doktor Kongsi Kisah 4 Orang Pesakitnya Meninggal Berturut-Turut Dalam Satu Malam


Assalam. Aku cuma nak share pengajaran, dari siakapkeli.my. Bacalah ye.


Yang hidup pasti akan mati, kematian adalah satu kisah kehidupan yang pasti dilalui oleh semua orang, dan sudah pasti semua manusia di luar sana takut akan mati.

Ketahuilah, mati akan menjemput kita bila-bila masa sahaja, dikongsikan oleh Doktor Onn Azli Puade kisah pengalamannya bertugas di sebuah hospital di Alor Star cukup menginsafkan.

Bayangkan malam itu beliau terpaksa melihat 4 orang pesakit berturut-turut meninggal di depan matanya.


MALAIKAT MAUT BUAT ROUND

Peristiwa ini berlaku semasa saya posting di ward nephrology di alor setar, Kedah. Sewaktu itu, saya bertugas PM shift, iaitu daripada 6 pagi hingga ke 11 malam, dan keesokannya masuk semula jam 6 pagi.

Keadaan ward agak serabut petang itu, dikala rakan-rakan sudah pulang pada jam 7 malam, saya berseorangan menjaga ward. Di acute cubicle ada 2 pesakit on ventilator, iaitu alat bantuan pernafasan, without it, patient won’t have any ability to breathe on their own.

Ada satu pesakit masuk jam 8.00 malam. Muda, awal 40-an, Pak Mail namanya. Pak Mail diletakkan di katil 15. Pak Mail ditemani isterinya, juga berumur lingkungan 40-an, bekerja di gerai makanan sebagai pelayan.

Sejak dia masuk, keadaanya tenat. On portable ventilator daripada wad kecemasan. Raut wajah isterinya sugul, penuh kesedihan…manakan tidak, takut suaminya menemui ajal dalam keadaan kewanganya, dan tanggungan 5 orang anak kecil.


8.30 malam, satu pesakit di katil lain, katil 13 collapse, terus saya jerit kepada staff nurseuntuk membawa emergency trolley.

“Commencing CPR, Kak Zue, please secure IV line, prepare IV adrenaline 1 ampule, once IV line secured, run normal saline fast. Attached cardiac monitor, I want to see the rhythm”…itulah tindakan reflex (yang sepatutnya – bukan Kak Zue buat CPR, saya nak call MO :-P)

Memang flatline, defibrillator tiada guna di situ. Defibrillator hanyalah digunakan untukcardiac rhythm tertentu sahaja. Kalau flatline, tak boleh. Ini bukan drama swasta jam 7.00 di Tv3, yang mana semua patient collapse di “Karen”nya. CPR saya teruskan, 5, 6 minit, 7 minit saya penat, pancit. Prepare to change…change! Seorang staff nurse lain terus menyambung CPR, saya mengesat peluh didahi menggunakan lengan baju.

Lima minit kemudian, Dr Akash tiba. Melihat keadaan pesakit, dia mengarahkan kami untuk meneruskan resuscitation. Tapi tidak berjaya. Keadaan ward jadi hiruk piruk, tangisan saudara mara pesakit memecah kesunyian malam taktala patient di”announce”kan masa kematian.

Saya terduduk di kaunter, keletihan. Dr Akash segera menandatangani sijil kematian dan lain-lain dokumen dan beliau segera bergegas ke wad bawah, ada kecemasan katanya. Sedang saya mengisi borang kematian, terdengar teriakan staff nurse daripada katil 14 pula.

“Dr, patient collapse!!”



Pesakit itu pengsan sewaktu staff nurse tersebut sedang mengambil bacaan tekanan darahnya. Terus saya tolak emergency trolley daripada katil 13, ke katil 14, di sebelahnya sahaja. CPR dimulakan. Cardiac monitor dipasang. Midazolam diberikan. Midazolam adalah salah satu jenis sedative, untuk tujuan mengurangkan ketidakselesaan pesakit semasa intubation.

“VF!! Give me the defibrillator, set it to 200 Joules!! You, give the patient midazolam”

“One clear, two clear, everybody cleaaar!!”

Shock demi shock saya berikan. Sehinggakan boleh terhidu bau kulit pesakit yang hangus dek kena electric shock daripada defibrillator. Sehinggalah rhythm nya flatline pula, CPR dimulakan semula. Dr Akash tiba semula, tercungap2 dia bergegas ke sana ke mari untuk attend case emergency. 50 mionit, daripada patient collapse, sehinggalah resuscitation diberhentikan dan waktu kematian diumumkan kepada keluarga.

Sedang saya jalan ke kaunter, isteri Pak Mail menegur saya

“Doktor, suami saya mesti jadi orang ketiga kan malam ni”

Saya tidak tahu nak respons bagaimana, hanyalah memberitahu dia untuk berdoa banyak-banyak. Selesai patient kedua, sedang saya ke pantry untuk meneguk air kerana kehausan akibat CPR yang lama, patient ketiga pula. Katil 16, sebelah katil Pak Mail.

Again, CPR dimulakan, dan semua prosedur dilaksanakan. Tiada respons, kepenatan dan pesakit meninggal dunia. Yang sedihnya, langsung tiada saudara-mara pesakit datang melikat pesakit untuk kali terakhir.


Walaupun dah di call juga, tak datang-datang juga. Selesai pesakit ketiga, saya keletihan. Peluh mencurah-curah membasahi kemeja saya. Saya masih tak sempat mandi dan menukar pakaian kerana hari tersebut memang sibuk. Penat gara-gara lama tak exercise, dan dek hari-hari pekena roti telur dan nasi lemak di kafe. Staff nurse lain juga kepenatan. Mereka harus menyelesaikan pesakit setelah mereka meninggal dunia….

Jam menunjukkan pukul 10.50 malam. 10 minit lagi saya boleh kembali ke pangkuan katil saya di rumah. Isteri Pak Mail tidur memegang erat tangan Pak Mail. Semuanya normal sehinggalah sedang saya berjalan di acute kubikel, ternampak cardiac monitor Pak Mail flat.

“Kak! Tolong, patient collapse!! Tolong ambilkan trolley emergency cepat!!”

Kelam kabut staff nurse. Ada yang baru nak makan nasi, hanya sempat suap di mulut, dan kemudian basuh tangan dan segera attend patient sambil mulut tak habis mengunyah makanan lagi. Isteri Pak Mail terus keluar, dan menghubungi anaknya.

Dr Akash juga tiba, berpakaian baru, mungkin dia sempat mandi gamaknya. CPR demi CPR, orang ditukar, ubat diberikan, masih langsung tiada perubahan terhadap Pak Mail. Jam 1145, Pak Mail diisytiharkan meninggal dunia. Kelima-lima anaknya tiba awal lagi semasa resuscitation dilakukan.

Saya speechless, saya thought block. Tak tahu nak cakap apa kepada isterinya, mujur ada Dr Akash di situ. Setelah menerangkan kepada pesakit tentang apa yang berlaku, isterinya akur. Dan tiada apa yang boleh dilakukan kecuali berdoa mengharapkan Pak Mail tergolong dalam golongan beriman.

Rakan saya, Dr Arifa tiba jam 11 lagi. Mukanya pucat, bukan sebab apa, sebab mendengar 4 patient meninggal dunia malam itu, dan beliau baru je nak memulakan shift kerjanya sehingga jam 6.00 pagi esok berseorangan.

Malam itu memberi pengajaran kepada saya. Ada juga yang berkata malaikat maut buat night round di ward berkenaan. Namun, ajal maut ditangan tuhan, kita tidak mampu mengubahnya. In fact, tarikh kematian kita dah pun ditulis sejak kita lahir lagi…

Siakapkeli.my

Cara menghilangkan bisa charlie dan hilangkan parut.

Assalamualaikum sebelum dah dicakap previous entry, aku nak buat rawatan dia kan?
This is the previous entry <

So anda yang baca ni mungkin... saja saja baca ataupun terkena charlie's bite macam aku kan?
Sekadar share pengalaman..

1) Pergi jumpak doktor lepas tau kena charlie, secepat mungkin tau! Aku kena pagi, petang tu gi check up kat Poliklinik Mutiara.

-So biasanya, doktor bagi upat sapu, ubat cuci dan ubat antibiotik.
-Kalau anda dah pergi tapi doktor tak bagi antibiotik dan ubat cuci?

Haa aku haritu pi mutiara dia tak bagi jugak, aku pelik, kenapa tak ada antibiotik? So pergi kat PKU, Pusat kesihatan UUM, dia bagi ubat sapu, 2 jenis, sapu sekali, Ubat cuci, dan ubat antibiotik.

2) Sebelum nak pakai, cuci tangan.
Sebab tangan ni adalah tempat yang mana bakteria takkan hilang walaupun dah basuh. So, basuh bagi menegelakkan jangkitan kuman.

3) Cuci air bisa dengan ubat cuci dengan tisu dekat tempat yang kena tu, tapi aku tak pakai sebab memang tak ah nak tarik air bisa yang pedih tu, aku sekadar sapu sikit ja dekat mata ubat cuci tu. Tahan jalah sikit ye. Pedih oo.

4) Sapu cream yang dia bagi, doktor bagi aku 2 jenis, tak ingat untuk apa, tapi pakai ja dua dua tu, doktor kata sikit pun tak apa , tak perlu tebal- tebal.

Siapp! Hee antibiotik jangan lupa makan ikut sukatan yang doktor bagi. Insha-Allah 1 minggu lepas tu elok. Jangan berharap pada ubat, sebab yang memberi kesembuhan tu Allah, bukan ubat! Ubat hanya ikhtiar kita!

Dalam seminggu lebih tu, air bisa yang dah kering tapi masih ada, tinggal nak cabut ja, tapi pedih la! Biar dia tercabut sendiri. Aku kalau jalan aku cover mata, orang tengok, malu hehehee.

HILANGKAN PARUT MACAM MANA?

Parut? Jangan terkejut! Ada parut tau lepas air bisa tu keluar, aku ada baca

1) ALOE VERA berdasarkan aku baca dari blogger lain.
TETAPI! Haa aku dah pakai aloe vera, tapi tak ada kesan so hmm mungkin tak sesuai.


2) BIO OIL. Haa ramai prefer aku yang ni, petang satgi aku rancang nak beli kat watsons, heee. Moga menjadi! InshaAllah..

3) AZANIS SCAR SERUM. Haa ramai kata berkesan guna yang ni, tanpa bahan kimia merbahaya, 3 minggu ja InshaAllah!


4) HIRUSCAR GEL. Yang aku baca, dia mengambil masa sekitar 4-6 bulan.


KAEDAH TRADISI

Kalau yang tak mau guna produk boleh tengok sini : https://www.zolace.com/blog/menghilangkan-parut-jerawat/






Aku kena gigit charlie

Assalamualaikum. Hee nak examlah lagi beberapa hari, doakan aku ;)

3 minggu lepas tak silap, aku disahkan menghidap.. (cam teruk sangat pulak) charlie's bite!
Apa kebenda charlie ni?



Haa ini haiwan laa gedik gigit mata aku, Alhamdulillah luar, tak kena dalam.
Charlie ok, bukan Charlie Puth nama dia.
Kisahnya begini...........
 Aku duk asrama, ok bangun tu kwn aku kejut untuk khidmat diri (amboi formal) ,, aku bangun lah, dekat dalam bilik air, aku notice yang mata kiri aku dekat bahagian bawah kelopak mata dengan tepi pedihhh sangat bila pegang, nak kenyit mata pun pedih jugak.. So, aku ingat effect aku gatal mata sebelum ni, yaa gatal sebab aku  duk garu garu mata!
                                   
Dia jadi merah sikit tepi mata, memang pedihlah. Tengah hari tu,, bawah mata aku macam ada 3 cakaran merah dari bawah mata sampai hidung, uhh pedih wey!
Time solat zohor nak ambik wudu' kwn aku kata

Terseksa aku tgk hang ambik wuduk, weh..

Aku search search balik rupanya puncanya, charlie ni suka kat cahaya, so aku punya bilik, masuk masuk belah kiri tu katil aku, memang tutup lampu, tapi guna cahaya ruang tamu luar dengan bukak pintu sikit.. So sebab tu lah dia gedik nak gigit aku punya mata.

Hmm ambik seminggu lebih jugaklah nak sembuh sepenuhnya.. Yeayy dapat MC 5 hari. ngeheee
rupa awal awal cakaran tu macam ni ah,

                                   

lepas tu dia keluaq ayaq bisaaa. perh time tu memang pedihh! 

Lani tak comey dah, ada parut dekat mata! Huahuaa.Tapi parut hitam orang kata boleh hilang, takpa ikhtiar dulu !

CARA RAWATAN, next post okay ! ;)

AKU RINDU . u_u

Assalamualaikum.

Aku irdina, budak sek.men.al-azhar. Semestinya aku ada banyak kawan kat sana, hehe 15 orang jer kawan aku, tapi cukup buat aku terhiburss. Bergaduh tu mesti. 

Dan, aku saayang depa! Aku sayang depa kerana Allah, InshaAllah laa hehe. 
Cintanya Rasulullah pada Aisyah tidak dapat lagi menandingi cintanya Rasulullah kepada Khadijah, srikandi hatinya yang tak putus putus menyokong baginda demi berdakwah untuk Islam, untuk kita!

Macam tu juga aku, sayangnya aku dekat kawan kawan SMAZ, tak akan pernah sama persekitaran dia macam SRAZ. Aku tau time sraz aku tak berapa nak meced, gelak tak yah cover, budak laki aku tak la takut pun, aku tak kisah langsung, aku rasa time sraz, dunia aku dan kawan kawan perempuan aku ja. Serious aku tak pernah kisah pasal budak lelaki. 

Main pun tak yah tengok kanan kiri, siap angkat kain lagi, tak ada kena bash dengan orang sekeliling. Dan aku tak kisah langsung budak darjah 1 panggil aku dina time aku darjah 6. Aku ada sorang budak perempuan yang aku rapat, aku rapat start time sukan, dia darjah 1, aku darjah 5 tak silap, sekarang dia ada lagi kat sraz, Awanis nama dia. Dia selalu tarik tudung aku tahun lepas, apakah haha, Heheee sweet dok.. Wekk, sekolah menengah? err,, haih mai mana awanis ni,, ok back to the point.

Sayangnya aku dekat kawan kawan 6 Hanafi, 5 Al- Afghani, takkan pernah sama dengan SMAZ! Aku rapat dengan 2 orang bawah ni,


Ammar Izzah


Aisyah Nazri a.k.a Cah Naz 

Seribu pun yang mai kat aku di dunia ni, serious takkan sama sayangnya aku kat depa. Level rindu aku, biaq Allah ja tau. Tambah cah naz, dia adalah orang paling unik aku pernah jumpak ok. Hahaha unik? Perangai dia unik. Hati kering. Tapi sama aku, 2 kali kot teqeyak sebab aku hahahha. Ingat hati dia tu cukup sado dah, rupanya hek lehhh. 2 sebab tu... Biarlah rahsia.

Annoying, egois, gelak cam kucing, minah hati sado tapi tak berapa nak sado, itu Ecah yang aku rindu!

Izzah,, hehe dia banyak okey rahsia dengan aku. Shhttt. Mana boleh bagitau! Semuaaaa memori kita aku tak pernah lupa.

The best memories aku rasa dekat MGBSIM and Dinasour Trek 2, aku sedih time pasca upsr ke langkawi, depa tak ikut, Izzah tak ingat kenapa, Aisyah sebab kg. dia dekat langkawi, so dia dah banyak kali pi langkawi. Hmm, puas aku pujuk. Takperlahh,, aku kwan ngan Huda, Huda ni aku rapat jugak tapi taklah serapat aku dengan Cah and Izzah.

Masuk Menengah aku terkezut budaya. Apakah hahaha, yelah tak sama bi'ah dengan S.Rendah. Ada istilah senior junior, kak kak, asrama. Hmmmpp.

Aku time interview Almaad, sekolah yang Cah belajaq la ni, aku yakin aku boleh masuk! Aku nak persahabatan kami diteruskan! Aku tak mau berpisah! Aku tak dapat, aku tak tau.. Aku ok ja kut? 4A 1B? Aku pun terfikir, aku budak kelas A, 6 Hanafi, 4A 1B kenapa tak dapat masuk sedangkan budak kelas sebelah 4A 1B dapat masuk? Dia tak ada apa apa pun?

Sedih jugaklah.. Sebab aku memang tak mau masuk SMAZ, aku siap kata dekat muallim Anam, Muallim, saya takkan masuk SMAZ, betoi muallim! Saya tak rela! Aku cakap dengan yakin, yelah result aku bukannya teruk, aku nak sekolah dengan kawan aku, Izzah ka ecah kaa.

Lepas aku tak dpat, aku tak tau nak pi sekolah mana, bila dapat tau Izzah masuk SMAHI, SMA Hidayah Islamiyah, aku terkezut! Sekolah tu lah yang aku nak pi interview tapi tak jadi sebab aku lebih nak masuk Almaad dan memang aku yakin aku boleh masuk! Hari berhari, dalam group FB messenger, semua pakat cerita depa sekolah mana.. Aku ja tak tau lagi.. Huhuu sob sob, akhirnya 

SMAZ! Aaaaaa aku rasa sedih sangat sebab kena masuk smaz, dah lah aku duk smaz dari tadika lagi! Sehari sebelum persekolahan bermula baru mak aku buat baju sekolah, gila tak? Hmm, aku time form 1 tak duk asrama, start form 2 baru duduk asrama.

Perancangan Allah, memang aku, Izzah ngan Cah tak duk sesama. Dan paling aku terkezut, Cah la ni berkawan baik dengan Awatif and Adila. Awatif tu duku kawan rapat time aku pi kem darjah 5 kat UUM, Adila tu kawan baik Syabihah, Syabihah tu aku rapat la jugak dengan dia dekat SMAZ ni. Dunia sangat kecik. Awatif and Cah memang gila gila orangnya. Memang patut punn.. 

Perjalanan semuanya dah diaturkan Allah. Aku redha. 2 minggu di SMAZ aku langsung tak suka! Sampai bulan ke-8 baru aku terima hakikat yang aku ni student SMAZ. Dalam tempoh tu, aku ada terima surat dari Huda ajak aku pi MATRI, dia kata senior kat sana baek baek. Tapi hmmm aku terfikir jugak nak pindah... Dia siap bagi map lagi nak pi matri cemna hahahha.

Tahun ni kalau dak nak pindah pi Almaad buat permohonan, tapi semuanya dah tersurat. Aku tetap di SMAZ. Allahuu :c . Dekat SMAZ tak ada apa yang teruk sgt pun, tak ada pun histeria, buli. Tapi... Aku terkezut budaya you know.. Selama aku duk SMAZ ni, aku ada kawan rapat.. Dan memang semua tu takkan pernah sama dengan SRAZ. Hmm aku rasa aku taip panjang dah ni. 

Cukuplah setakat tu. Bye!


Friday 28 October 2016

RINDU NGAH

Assalamualaikum.

Aku ni jenis suka mengusik. Kadang- kadang mengusik kak ngah, kak cik, ijon (Izzul), Izz.
Tapi depa tak suka aku mengusik. Hehehee. So selalu laa gaduh, ini laa itu laa. Tapi bila main sesama, kami main dengan bersungguh- sungguh! Main apa? Main sorok- sorok ka, Sep sep ka, Pijak pijak kaki, apa orang panggil? Cola apaa? Ice water,, Yang tu aku main, yang tak mainnya main mak mak, main patung patung, masak masak. Oh soo apakah nak aku main benda macam tu?

Walaupun selalu jugak laa gaduh ngan kak ngah tapi aku selalu bercerita kat dia, ajak solat sesamaa.. Tapi dia tak suka aku ajar dia buat homework hahaha. Aku ni garang tau! Tapi tak adalah macam Kak Ros naik tangan.. Garang tapi baik. Ew perasannya aku. Huahuaaa. Kak Ngah ni rindu aku tau kalau balik asrama, tapi dia ego, dia kata dia suka aku duk asrama. Aku nii sedih la jugak.. Walaupun aku tau kak ngah rindu aku.. Hehehe, nasib boleh jumpak kat sekolah.

Aku balik kampung semalam, ingat baba nak ambik kak ngah dari tusyen rupanya tak, kak ngah tidur rumah kawan baek dia, Adina. Hehee nak sama kanss. Lepastu dalam kereta, nampak Iklan DGCC pastu aku ckpla

"Kak ngah, kakngah! Ni haritu kak long pi sini.."
beralih belakang, eih lupa kak ngah tak ikut balik kampung. Rasa macam ... sadis ..
Tapi kat kampung tak adalah bosan sangat sbb aku asyik berkepit ngan ummi.. Dah tunaikan hajat baba balik kampung nak makan bubur asyura tok buat (mak sedara sebenarnya, tapi panjang ceritanya kenapa aku panggil mak sedara aku tok.. umur 'tok' aku 70 lebih dah.. dia kakak kepada baba aku) , so dah habes makan buburr, malam tu balek laa rumah.

Pagi tadi bangun tengok adik- adik,
Haishh. Awat macam tak cukup jaa adik aku ni..
Lupa lagii kak ngah pi rumah kawan dia, baru nak ajak solat..

Tak sangka, aku rindu kek ngeh yang garang jugak tu.
Cecepatlah balik ye kak ngah, aku tanya ummi bila kak ngah nak balik, ummi cakap hari apa entah. Huhh rinduku pada budak darjah 3,
k, macam nama novel pulak.

Nak tengok tak rupa kak ngah tu? Hehee sat

Astaghfirullah. Tak pakai tudung,, 5 tahun kot


Haa bajet comel ja budak nim



Thursday 27 October 2016

Header baru

Cakkk!
Eh Salam Alaik

Lama seyh tak update,, btw aku tukaq header baru.
Cun akk? Heee
Aku tak sehebat hampaa header lawa lawa,

kita simple ja mampu. Aku rasa nak updatee something la satgi..
Tengok ahh kalau qajin nak menghadap laptop.

BTW aku lama tak update sebab ni haa baru balik asrama..
Siapa kata asrama tak syoq? Syoq tauu.. sat tiba tiba terimbau..

p/s: kalau ada "" tu kawan aku , kalau tak dak " tu aku cakap ok

Kawan aku kata
"Hang ni jahatlaaa.."
Eh mana ada aku jahat... Aku baik tauu
"Ya laa... hang suka ngusik orang.."
Hehehe hang tu pun sama,, selalu gak ngusik aku,, qilahh laa ish2 tak baekk,
"Eh aku oke lagi.. hang tu selaluu usik aku!"
Hmm hmm nak wat cenna,, hobi
"Iskk iskk hobi?"

terimbau lagi satu..

Wehh hang tengok, adik aku semua duk sekolah ni, tadika ada,, sekolah rendah adaa, sekolah menengah adaa, wuuu sintaaa azhar
"Elehh dulu aku pun centu kat Penang, tapi la ni... dak dahlaa "
"Haa bukanka hang kata nak pindah ka dulu?
Dah sayang azhar eaaa..
Kaa....
Sayang aku??"
Hahahaha aku pun buat nak termuntah.

Okbai. cerita apani lari dari tajuk