Wednesday 8 June 2016

Segmen Bloglist Bulan Jun by Nurzulfa


Saya tag mereka

* | * 

Kisah Manusia Meninggalkan Solat Lebih Hina Daripada Khinzir dan Hukum Beli Air Tangan Orang Tak Solat


AIR TANGAN ORG YG TIDAK SOLAT

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya bermula ... 

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumah tangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "KALAU AKU DAPAT ANAK, AKAN MINUM AIR KENCING ANJING HITAM." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Hukum

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat Baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."

Copied from Kak Farah




Diuji lagi? - By Kak Hassanah

Bismillah, saya copy penulisan ini daripada Kak Hassanah

Diuji lagi ?

Allah SWT Maha tahu. Sebab itulah Dia menguji kita dengan kesakitan, kesengsaraan, kebahagiaan, kesenangan dan banyak lagi. Seringkali ujian sebeginilah akan mengesankan kita.

Kita boleh melihat ujian yang menempuh Nabi Yunus a.s sebagai panduan dalam kehidupan. Bayangkan saat dia terperangkap di dalam perut ikan paus, hanya ada satu jalan keluar. Jalan itulah yang dia pilih. Apa dia ?

Iaitu meletakkan sepenuh harapan hanya kepada Allah dan juga meyakini dan menyedari keesaan Allah.

Key point untuk setiap ujian dugaan halangan dan rintangan manusia adalah 2s.
1. Solat2. Sabar

Moga berjaya dunia akhirat.
Semoga!
:blush:

#KakHassanah

Hukum Post Gambar Makanan dalam Facebook / dll ringkasan daripada Ustaz Fawwaz Mat Jan.



Bismillah,


Rasulullah pernah kata,

Apabila beli buah, Rasulullah suruh sembunyi senyap- senyap masuk dalam rumah. Tapi kalau jiran nampak, atau bau buah tersebut, contohnya durian. Tanggungjawab kita ataupun amanah kita time tu, kena bagi kat dia sebab dia bau.

Mohon start harini berhenti post gambar makanan tersebut. Tu baru kalau jiran nampak, yang terang- terangan upload? Berapa ramai sekarang ni upload makanan hantar dekat group whatsapp?

Point nak disebut di sini, bila ada orang tengok gambar tersebut, tanggungjawab yang upload makanan kat whatsapp tersebut, kena beli sebungkus bagi kepada berapa ramai yang tengok .

Kalau kata kita orang Perlis, yang terliur tu orang Sabah, kena hantar! Tapi masalahnya harini, nak upload makanan tapi berapa ramai yang hantar?  Rasanya tak ada.

Yang lagi teruk, upload dalam Facebook, Twitter, Instagram. Satu dunia boleh tengok.

Ni ustaz, saya nak bagitau pi restoran ni, makanan dia sedap, 

- Tangkap gambar signboard dah la.

Nak upload, upload laa. Tapi kena hantar makanan yang diupload tu. Mampu ke?

Wallahua'lam. Wassalam.

Aurat Sesama Ipar


[ KLIK UNTUK TUMBESARAN ] 

AURAT SESAMA IPAR
ISU: Bagaimanakah batasan aurat sesama ipar? Adakah kita berdosa jika bersalaman dan tidak memakai tudung di hadapan abang ipar?
PENJELASAN: Batasan aurat sesama ipar sama aurat dengan orang luar. Kita menutup aurat dari pusat ke lutut bagi lelaki dan seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan bagi perempuan.
Begitu juga aurat antara adik ipar dengan kakak atau abang ipar. Berdosa seorang perempuan bersalam atau membuka aurat dengan abang iparnya. Begitu juga seorang lelaki dengan kakak iparnya.
Selepas ini, adik-adik yang sudah tahu, jangan malu untuk memberitahu keluarga bahawa hukumnya adalah haram dan berdosa membuka aurat dan bersalam. Biar kita susah sikit di dunia tapi nanti kita akan bahagia di akhirat.


Doa Menduduki Peperiksaan II

Bismillah, bolehlah salin doa nie ;)

Doa Menduduki Peperiksaan



Bismillah, Di sini saya ( waaa dah transform aku jadi saya ) creditkan kepada Shafiqolbu

Doa Sebelum Masuk Dewan Peperiksaan


Doa Ketika Masuk Dewan Peperiksaan


Doa Ketika Menerima Kertas Soalan I

 

Doa Ketika Menerima Kertas Soalan II


Doa Ketika Mula Menjawab Soalan


Doa Apabila Terlupa Ketika Menjawab Soalan


Doa Jika Terlupa Jawapan


Doa Ketika Buntu Menjawab Soalan


Doa Ketika Sukar Menjawab Soalan


Doa Memohon Kejayaan Cemerlang




Tuesday 7 June 2016

Doa naik kendaraan darat, udara dan laut.


Doa Naik Kendaraan Darat

سُبْحَانَ الَّذِىْ سَخَّرَلَنَا هَذَا وَمَاكُنَّالَهُ مُقْرِنِيْنَ وَاِنَّآ اِلَى رَبّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ

SUBHAANAL LADZII SAKHHORO LANAA HAADZAA WA MAA KUNNAA LAHUU MUQRINIINA WA INNAA ILAA ROBBINAA LAMUNGQOLIBUUNA.

Ertinya :

Maha suci Allah yang memudahkan ini (kendaraan) bagi kami dan tiada kami mempersekutukan bagi-Nya, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.


Doa Naik Kendaraan Laut dan Udara

بِسْمِ اللهِ مَجْرَهَا وَمُرْسَهَآ اِنَّ رَبّىْ لَغَفُوْرٌرَّحِيْمٌ

BISMILLAAHI MAJRAHAA WA MURSAAHAA INNA ROBBII LAGHOFUURUR ROHIIM


Ertinya :

Dengan nama Allah yang menjalankan kendaraan ini berlayar dan berlabuh sesungguhnya Tuhanku Maha Pemaaf lagi Pengasih.

Wassalam . Moga bermanfaat :D

Solat Sunat Rawatib Serta Kelebihannya.

Bismillah

Asal perkataan rawatib = raatib bermaksud berterusan. Oleh ituSolat Rawatib ialah solat yang mengiringi solat-solat fardhu sama ada sebelum atau selepas solat fardhu.

Hukumnya ialah ; Solat sunat muakad.

Solat sunat rawatib dibahagi kepada dua jenis juga disebut;

Solat sunat  قَبْلِيَّةً yang dilakukan sebelum solat fardhu.Solat sunat بَعْدِيَّةً yang dilakukan selepas solat fardhu,
Terdapat 2 bahagian ;
Sunat Rawatib yang "Muakkad"
Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad".
Sunat Rawatib yang "Muakkad" adalah 10 rakaat seperti berikut :
  1. 2 Rakaat sebelum Solat Subuh
  2. 2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
  3. 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
  4. 2 Rakaat selepas Solat Maghrib.
  5. 2 Rakaat selepas Isyak.
Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad" pula adalah 12 rakaat seperti berikut :
  1. 2 Rakaat sebelum Solat Zohor
  2. 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
  3. 4 Rakaat sebelum Solat Asar.
  4. 2 Rakaat sebelum Solat Maghrib.
  5. 2 Rakaat sebelum Isyak.

Kelebihan solat sunat rawatib ( Zohor ) ;

 Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” 

(H.R. Abu Daud & Tirmidzi)


Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)
Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah.  
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)
Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah
Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah.
Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh.

.
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang mu’akkad (digalakkan) ialah 10 raka’at atau 12 raka’at, dalilnya:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ


 Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” 
(HR Bukhari-Muslim, Bukhari)
.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

 Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” 
(Hadis riwayat Turmizi r.a.)
NIAT SOLAT SUNAT RAWATIB

 أُصَلِّي سُنَّةَ ( الظُّهْرِ / العَصْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ / الصبح ) رَكْعَتَيْنِ (قَبْلِيَّةً / بَعْدِيَّةً ) لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat (Sebelum / Selepas) kerana Allah Taala.




Wednesday 1 June 2016

Birthday Giveaway by Wanaseoby.com


Bismillah, tak tahulah dapat ke tidak :3 

Tag  ; Aina Akmal, Blog Syifa and FARAH