Saturday 22 November 2014

Cerpen : Solehah? Layakkah aku?


"Solehah? Layakkah?"

Aku seorang Niqabis. Yea, memakai pakaian para isteri Rasulullah ini membuatkan diri aku rasa disanjungi. Twitter, facebook dan instagram merupakan tempat aku menjadi solehah. Setiap kali aku memakai pakaian ini, aku akan mengambil sekurang kurangnya satu gambar untuk dimuat naik ke laman-laman sosial yang aku sebutkan tadi. Yang paling 'lejen' sekali dekat instagram. Setiap hari, boleh dikatakan satu gambar aku upload. Ya, niat aku untuk meraih pujian.

"Subhanallah, moga istiqomah.."'

"Semoga menjadi wanita yang solehah yaa.."

"Cantiknya ciptaan Tuhan.." 

Komen komen sebegini daripada umum membutkan aku ingin memuat naik lebih banyak gambar aku yang berniqab. Aku suka dipuji. Lumrah wanita inginkan perhatian. Semakin hari, semakin ramai followers aku. Daripada 10, jadi 100. Daripada 100, jadi seribu. Dan sekarang, lebih kurang 30,000 yang follow aku. Yeah. Dengan menggunakan title solehah, aku dapat pujian. Dengan title Solehah, aku dapat raih followers. Aku rasa bangga. Rasa diri mulia. Tapi sebenarnya, disebalik niqab yang aku pakai, hubungan aku dengan Tuhan sangat renggang. Solat 5 waktu tunggang langgang, Qiamullail lagilah jarang. Yang membuatkan diri aku mulia cumalah secebis kain hitam jarang, yang sentiasa menutup separuh wajahku supaya gelaran Solehah dapatku julang.

Benar. Aku tahu yang aku buat ini salah. Aku pernah nekad nak berubah, tapi payah. Aku rasa bahagia hidup sebegini. Di puji rakan sendiri, direbut ajnabi. Aku rasa seolah olah aku bidadari. Dengan gambar aku yang berniqab dengan caption ala ala Islamik, aku dah rasa aku solehah. Tapi sebenarnya, aku cuma menipu. Menipu diri sendiri, menipu semua orang. Yang lebih teruk, aku munafik kepada Tuhan!

Di Twitter, dengan username aku yang ala ala Islamik dan twitcon aku yang berniqab membuatkan ramai para soleh follow aku. Aku suka macamni. Aku rasa disayangi, disanjung. Rasa semua sayang aku. Tapi aku lupa, Aku hilang kasih sayang daripada Allah!

Satu hari, seorang si fulan ni (lelaki) yang lengkap berpakaian Sunnah, follow aku. Kacak! Aku suka. Aku DM dia. Lebih kurang begini perbualan kami;

"Assalamu'alaikum akhi. Salam ukhwah fillah. Ta'aruf?"

"Wa'alaikumussalam ukhti. Salam ukhwah fillah. Ta'aruf? enti dulu la. Ladies first kan?"

Bermula dengan conversation yang pendek itu, sekarang aku milik dia, dan dia milik aku. Nikah? confirmlah tidak. Kami couple Islamik. Katanya boleh, dengan tujuan nak bernikah. Tapi waktu ni, umur aku baru menjangkau 16 tahun. Aku tahu, banyak lagi yang perlu aku lalui, tapi entah. Aku sayang dia. Dengan gaya dia yang ala ala Soleh, berjubah berserban ber rida' bagai, aku jatuh cinta.

Dia minta number telefon aku. Sepantas kilat, aku bagi. Malam tu, lepas online twitter, dalam pukul 10.15, ada mesej masuk. Number yang aku tak kenal, tapi aku dapat agak siapa pengirimnya.

"Assalamu'alaikum Cinta."

Tersenyum sampai ketelinga selepas aku membuka isi mesej itu. Start malam itu, kami mula mesej. Pada mulanya, cuma mesej. Lama selepas itu, bermulalah sesi OTP (on the phone) pulak. Paling sekejap OTP pun boleh dikatakan 2 jam. Tak pernah yang sekejap. Waktu tu, memang dah lupa Allah. Lupa segala galanya. Yang ada, cuma dia.

Sampai satu malam.. aku tertidur. Mimpi yang aneh, aku dapat. Mungkin teguran daripada Allah, ataupun cuma mimpi biasa. Aku tak pasti. Aku lihat dalam mimpi tu, ada sebuah taman dan tasik yang Subhanallah, terlalu indah! Ada pepohon hijau yang rendang, tasik yang jernih, binatang yang jinak, rama rama dan sebagainya. Di satu sudut, aku terlihat seorang wanita. Berjubah putih dan bertudung labuh putih sedang berdiri di tepi sebatang pokok. Dia kelihatan ceria. Sangat ceria. Ada nur di wajahnya. Aku dekati dia, Dekat dan dekat. Dia perasan kehadiran aku. Manis senyumannya dilemparkan ke arah aku. Aku rasa bahagia, tenang melihat senyumannya.

Tiba tiba, senyumannya kian pudar. Mukanya nampak takut. Aku tak pasti, dia takut ataupun sedih. Tapi mukanya memang menunjukkan sesuatu yang membuatkannya kurang senang. Aku hairan. Dia terduduk. Tiba tiba, air matanya jatuh. Aku dekati dia, memegang bahunya. Ditepis kuat tangan aku. Aku jadi semakin tidak faham. Apa salah aku?

"Kenapa awak menangis?"

"Pergi! Jangan dekat dengan saya!"

"Tapi kenapa?"

"Busuk..... busuk!!"

Aku tak berapa faham dengan apa yang dia sampaikan. Yang aku tahu, wajahnya sedih bila lihat aku dekat dekat.

Terjaga dari tidur, tubuh aku berpeluh. Aku lihat ada mesej. Hm, dah agak. Daripada 'dia'. 

"Sayang, bangun Tahajjud."

Aku biarkan mesej itu. Aku lihat jam, lebih kurang pukul 2.30 pagi. Aku cuba tidur semula, tapi tak boleh. Mimpi tu tak hilang daripada ingatan aku. Waktu itu, bermacam macam yang aku ingat. Kata kata gadis dalam mimpi aku tadi, sangat terkesan. Dia kata aku busuk. Tapi kenapa?

"Perangai aku busuk?"
"Badan aku busuk?"
"Sifat munafik itu busuk?"

Bermacam macam yang aku ingat. Sunggguh, waktu itu. Aku rasa, akulah yang paling hina. Akulah sehina hina manusia. Munafik!

Pantas. Aku menuju ke bilik air. Air wudhuk ku ambil. Menitis air mata aku waktu itu. Rasanya dah lebih sebulan aku tak berwudhuk. Allah.. Sejadah yang terlipat rapi dalam almari kucari, aku hampar. Sekali lagi, air mata deras jatuh. Allah, kiblat dekat rumah aku ni arah mana? Aku keluar daripada bilik, aku lihat hamparan sejadah di ruangan solat rumah aku, baru aku ingat arah kiblat.

Sejadah aku hampar. Solat taubat dan solat sunat tasbih yang pertama buat diri aku. Sungguh, kali ini baru sebenar benar solat. Juga buat pertama kalinya sebenar benar taubat. Sujud aku lama. Dalam hati, aku berdoa,

"Ya Allah, mudahkanlah penghijrahan aku. Ampunkan dosaku. Sesungguhnya aku hambaMu yang lalai dan hina."

Selesai solat, aku beristighfar sehingga Subuh. Masuk waktu subuh, terus aku tunaikan kewajipan aku. Seingat aku, inilah subuhku yang pertama buat sekian lamanya. Selalunya, aku akan jaga pukul 12 ke atas kalau hari cuti. Yalah, pada malamnya sibuk berdakwah. Paginya subuh gajah.

Laptop aku gapai. Dah teguhkan niat, semua account media sosial perlu aku delete.

Selesai deacctive kesemuanya, aku rasa bahagia. Rasa bebas. Rasa CintaNya mengalir dalam diri aku.

"Bip bip!"

Bunyi menandakan mesej masuk. Daripada dia.

"Sayang, kenapa tak reply mesej?"

"Sayang awak dah takda. Dia dah mati. Dah kembali kepada Allah. Awak bila lagi? Bertaubatlah. Ajal itu bila bila."

Start daripada itu, dia tak mesej aku dah. Atau lebih tepat, aku block number dia. Mungkin dia juga dah berhijrah. Atau mungkin dah dapat mangsa baru. Aku nak pesan, berjaga jagalah. Aku rasa sekarang dia masih ada lagi dekat twitter tu. Dengan mempamerkan akhlak semulia malaikat, dia mampu membuat solehah terpikat. Selepas dah terpikat, mulalah dia mengorat.

Aku? Alhamdulillah. Sedang mengejar redha Allah.

Pesanan aku yang hina ini kepada semua Muslimah solehah;

Apa tujuan kita tutup aurat? Pakai tudung labuh? Niqab, purdah tu semua? Ya. Sebab sifat malu kita. Malu ditatap ajnabi, malu dilihat ajnabi. Malu bila tubuh badan kita dijamah mata nakal sang buaya. Kalau dah selalu upload dekat media sosial, agak agak macamana? Mata lelaki ni boleh tembus. Tak kiralah purdah ka macamana, dah jenis mata miang, semua tembus. Kejarlah redha Pencipta. Nak kejar cinta yang sia sia? Boleh. Tapi rugi serugi ruginya. Allah dah tetapkan jodoh. Jadi muslimah, biar tak cantik, janji bermaruah.

- Kisah Benar,
Seorang Niqabis hina.

Tuesday 11 November 2014

Cerpen : Hadiah Untuk Mia


Credit to : Syifa


Hari ni, mama dan papa ke hospital lagi.Mia tak tahu mengapa.Tapi Mia dapat agak ia tentu kerana perut mama yang semakin membusung itu.Besar betul perut mama.Macam belon, Mia takut sangat kalau-kalau ia akan meletup. Mama dah tak sekuat dulu.Mama selalu pening-pening, dan kadang-kadang mama muntah.Sekarang mama suka tidur.Mia jarang dapat bermain dengan mama. Nak minta dukung pun, mama selalu bagi alasan macam-macam.

Mama cakap Mia dah besar.Tak boleh dukung lagi.Jadi sekarang, Mia tak mintak didukung lagi.Mia dengar cakap mama.Sebab Mia sayangkan mama.Mia bimbang tengok muka mama yang selalu pucat.Kadang-kadang mama tidur sehari suntuk, tak bangun-bangun sampai ke malam.Cuma bibik yang temankan Mia, tengok tv dengan Mia, makan dengan Mia, dan kadang-kadang main dengan Mia.Mia tak ada kawan..Kawan Mia cuma bibik.

Papa selalu sibuk.Selalu tak ada di rumah.Tapi bibik kata hari ini papa tak kerja.Papa temankan mama pergi hospital.Tapi sampai sekarang mama dan papa tidak pulang lagi.Mia rasa sunyi sangat.Bibik sibuk di dapur.Mia cuma tengok tv di ruang tamu seorang diri.Masa tu, jam pukul sebelas pagi.Mia ingat lagi.Sebab masa tu ada kartun Mickey Mouse ,kartun kegemaran Mia.Mia dengar bunyi enjin kereta papa.Papa dan mama dah balik!

Mia nampak mama meluru naik ke bilik sambil menangis teresak-esak. Tapi papa tak muncul-muncul.Mia jenguk kat muka pintu.Mia nampak papa turun dari kereta sambil picit kepala.Papa peningkah?.Lambat-lambat papa melangkah masuk ke dalam rumah.Papa duduk di kerusi di ruang tamu.Mia cuba datang dekat.Papa dukung Mia dan letakkan Mia atas ribanya.Selepas tu papa usap lembut rambut Mia.Mia ingat lagi..

Mia ralit tengok kartun Mickey Mouse kegemaran Mia sampai tak sedar yang sebenarnya Mia berada dipangkuan papa.Tetapi sejak tadi papa tak bersuara.Papa tak bergerak-gerak.Mia sengaja bersandar pada papa.Papa seolah tidak ada sebarang tindak balas.Tiba-tiba Mia rasa ada air yang menitis di atas kepala Mia.Mia pegang hujung rambut Mia.Rambut Mia basah!.Mia mendongak.Mia nampak papa menangis!.Kenapa papa menangis?.

Mama muncul secara tiba-tiba.Di tangan mama ada dua buah beg pakaian.Mia hairan.Mama hendak ke mana?.Mia mendongak.Mia lihat papa juga sama seperti Mia.Papa juga hairan melihat mama begitu.Papa menurunkan Mia dari pangkuannya.Dia memegang tangan mama.Papa berkata sesuatu kepada mama.Tetapi Mia tak dapat mendengar butirannya.Suara papa perlahan.Seolah sedang berbisik kepada mama.

            Mia lihat mama menangis.Mama tidak mahu mendengar pujukan papa.Air mata mama berjurai jatuh.Mia lihat papa memeluk mama. Tetapi mama segera meleraikan pelukan itu.Mama terus mencapai beg pakaiannya dan melangkah ke muka pintu.Mama terus berjalan dan tidak menoleh ke belakang lagi.Papa terduduk di kerusi.Seolah sudah mengalah.Tidak berdaya lagi hendak memujuk mama.Bibik diam.Mia juga terdiam.

            Papa meraup kedua belah tangannya ke muka.Mia tahu papa masih menangis.Mia tak mahu papa menangis.Mia tak mahu mama pergi.Mia tak mahu papa bersedih.Mia cuba kejar mama.Mia tahu, mama masih belum jauh.Mia nampak mama cuba  menahan teksi di hadapan rumah.Cepat-cepat Mia peluk mama erat-erat.Mia tak mahu mama tinggalkan Mia.Mia sayang mama.Mia perlu mama.

“Mama nak pergi mana ni?.”.Mia pandang wajah mama. Mama sedih.Air mata mama mengalir.

“Mama nak pergi Mia…”.Ujar mama perlahan.Esakkan mama masih kedengaran di telinga Mia.

“Kenapa?.Mia sayang mama…Nanti kalau mama tinggalkan papa dan Mia, siapa nak jaga Mia, siapa nak tidurkan Mia malam-malam, siapa nak buatkan susu untuk Mia macam selalu?.”.Mia pandang mata mama yang sepet itu.Mata mama kecil.Tak sama seperti mata Mia.Mata Mia bulat.Nenek kata mata Mia serupa mata papa.

“Tak boleh Mia..mama tak boleh tinggal di sini lagi..”.Mama terus masuk ke dalam perut teksi dan sejak itu, Mia tak pernah jumpa mama lagi….

            Hari ini genap ulang tahun kelahiran Mia yang ke sebelas.Bererti sudah lima tahun peristiwa itu berlalu.Tapi Mia masih ingat hari itu.Mia tak tahu apa yang terjadi pada mama selepas tu.Sehingga sekarang, Mia masih tinggal berdua dengan papa dan bibik.Mia sangat rindukan mama.Mia harap sangat dapat jumpa mama.Terutama pada hari yang istemewa seperti hari ini.Tetapi, sudah lebih sepuluh tahun Mia simpan impian yang sama, dan mama..masih jua tak muncul-muncul.

“Selamat pagi semua.Hari ni cikgu ada satu pengumuman, kamu akan dapat seorang cikgu Bahasa Inggeris baru kerana cikgu Zailan dah bertukar ke tempat lain.Perkenalkan, ini dia cikgu Sherrina..”.Guru besar memperkenalkan nama guru Bahasa Inggeris baru.

“Selamat pagi murid-murid..”.Ujar guru itu.

“Selamat pagi cikgu!!!.”.Seluruh kelas memberi ucapan kepada guru baru itu.

            Wajah itu!.Seakan pernah Mia melihatnya..Mata itu…Seolah ada memori yang tersimpan di situ..Mia terpaku.Mia tahu, memang dialah orangnya!.Semua pelajar sudah duduk di kerusi masing-masing.Mia segera tersedar setelah dicuit rakan disebelah.Cikgu Sherrina menulis sesuatu di papan hitam.’Introduction’. Kemudian dia meminta kami memerkenalkan diri masing-masing.Mia tergamam. Sesi suai kenal?.Tiba-tiba sahaja peluh dingin membasahi badan Mia.

You,what is your name?.”.Tak sedar sudah sampai giliran Mia untuk memperkenalkan diri.

“Err..ermm..”.Mia terkedu.

Just rela,tell me what is your name..”.Ujar cikgu Sherrina lembut.

“Tengku Mia zahira bintiTengku Zafry.”.Lancar sahaja Mia menuturkannya.

            Jelas dia terkejut.Wajah Mia ditenungnya lama.Tiba-tiba Mia lihat matanya berkaca.Dia menundukkan wajahnya.Seketika kemudian dia terus ke hadapan kelas.Dia mencapai buku-bukunya sebelum keluar dari kelas.Seluruh kelas terpinga-pinga.Masing-masing merasa hairan dengan tindakan guru itu yang secara tiba-tiba keluar dari kelas tanpa sebutir bicara.Memang terbukti, dialah yang Mia cari-cari selama ini!.Dialah orangnya!.

            Mia tak mahu terus menunggu.Mia terus bangkit dari kerusi dan kejar cikgu Sherry.Mia mahukan penjelasan.Mia mahu dengar segalanya.Mia mahu dia menceritakan segala kisah yang pernah menjadi rahsianya selama ini.Mia bencikan dia.Dialah yang menjadi pemusnah keluarga Mia.Dia yang menyebabkan hidup papa dan Mia menderita.Dia yang menyebabkan kami terseksa.Hari ini,Mia mahu membuat perhitungan !.

“Cikgu Sherrina,.Tunggu.Cikgu!!”.Mia berlari ke arah cikgu Sherrina.

            Cikgu Sherrina tak berhenti.Dia terus berjalan laju tanpa menghiraukan panggilan Mia.Mia tahu, dia mahu lari sama seperti yang pernah dilakukannya beberapa tahun yang lalu.Tetapi kali ini ,Mia akan pastikan dia takkan berjaya. Mia akan pastikan dia tidak boleh terlepas.Mia mahu dia berhadapan dengan papa.Mia mahu dia berterus terang tentang segalanya.Mia mahu dia menebus segala dosa-dosa yang pernah dia lakukan suatu ketika dahulu.

“Cikgu Sherrina!!!.”.Kini Mia berada betul-betul di hadapannya.Mia tenung wajahnya tajam.Biar dia sedar betapa Mia bencikannya.

“Mana mama saya?.”.

“Apa yang kamu cakap ni?.”.;Cikgu Sherrina cuba berdolak-dalik.

“Saya tahu ,cikgu kenal mama saya.Sekarang cikgu jawab di mana mama saya?.”.Mia sengaja menyoalnya bertalu-talu.

“Jawablah, di mana mama saya?.”.

“Cikgu tak faham apa yang Mia cakapkan..”.

“Mia?Lancar cikgu sebut nama saya?.”. Mia sengaja menyindirnya.Mia tahu, cikgu Sherrina memang ada semua jawapan yang Mia mahukan.

“Err..memang itu nama kamukan?”.Cikgu Sherrina masih mahu berdolak-dalik.

“Cukuplah,mama.Sampai bila mama nak larikan diri daripada Mia.Kenapa mama nak bohongi Mia.Kalau betul mama tak pernah sayangkan Mia, kenapa mama tak beritahu saja Mia.Kenapa biarkan papa dan Mia tunggu mama selama ni. Enam tahun mama.Enam tahun papa tunggu mama.Dia sanggup hidup menyendiri,sebab yakin mama akan kembali kepangkuannya”.Air mata Mia mengalir laju.Mia sudah tak dapat nak simpan semuanya lagi.Sakit sungguh hati Mia.Luka yang selama ini Mia pendamkan berdarah kembali.

“Mia…”.Lemah suara cikgu Sherrina.Cikgu sherrina turut sama mengalirkan air mata.

“Mia tahu,mama tak pernah sayangkan Mia…”.Mia tak sanggup hendak menunggu lagi.Apalah gunanya pertemuan kali ini…

“Mia sayang…Mama minta maaf..Mama …”.Suara cikgu Sherrina tersekat-sekat.Dia terus berlalu meninggalkan Mia keseorangan di situ…..

            Petang itu, sewaktu pulang dari kerja,papa membelikan Mia sekotak hadiah yang besar.Papa memang tak pernah lupakan hari lahir Mia.Mia seorang sahaja anaknya.Mia kasihan melihat papa.Semuanya papa uruskan sendiri. Biarpun bibik ada, tetapi papa lebih senang menguruskan keperluannya sendiri. Bibik hanya membuat kerja-kerja rumah dan memasak untuk kami.Telefon di ruang tamu tiba- tiba berdering.

            Mia lihat papa mengangkat ganggang.Papa bercakap perlahan.Kemudian Mia lihat air mata papa mengalir.Mia tertanya-tanya.Papa bercakap dengan siapa?.Sudah lama Mia tidak melihat papa menangis.Siapakah yang telah melukai hati papa.?.Hati Mia turut sama merasai kesakitan itu.Sakit melihat lelaki yang paling Mia sayangi menangis sebegitu.Mia seperti hendak membelasah orang yang telah membuatkan papa bersedih.Mia tidak suka melihat papa menangis.Mia benci sesiapa pun yang buatkan papa menangis,terutamanya perempuan itu!.

“Mia…”.Panggil papa.

“Ya,pa.”.Mia segera menyahut.

“Petang ini, ada orang yang sangat istemewa akan datang untuk sambut hari lahir Mia bersama-sama.”.Ujar papa.Papa tersenyum.Sudah lama Mia tidak melihat papa tersenyum seperti itu.

“Siapa tu, papa ?”.Mia sudah tidak sabar hendak mengetahuinya.

“Kita tunggu sahaja petang nanti…”.Papa terus berlalu ke tingkat atas, meninggalkan Mia dengan persoalan yang masih bermain-main di minda….

            Masa yang ditunggu telah pun tiba.Kedengaran enjin kereta memasuki perkarangan rumah.Papa tersenyum.Jantung Mia berdegup kencang.Hati Mia berdebar-debar menantikan saat itu.Siapa agaknya tetamu istemewa yang dimaksudkan papa sebentar tadi.Mia cuba mengawal perasaan dan bertenang. Mia tidak mahu terlalu mengharap.Loceng pintu berbunyi menandakan ada orang di luar.Tergesa-gesa bibik membuka pintu.

“Bapak..bapak!!”.Bibik berlari-lari anak ke arah kami.Matanya berkaca.Bibirnya bergetar.Suaranya tidak keluar.Seolah ada sesuatu yang mengunci mulutnya ketika itu.

“Kenapa ni bik?.”.Mia rasa hairan.Mengapa bibik berlari-lari?.

“Assalamualaikum..”.Tiba-tiba seorang perempuan berselendang hitam muncul di hadapan kami.Dia memegang tangan seorang budak lelaki yang comel.

“Waalaikum sa….”.,Mia terkejut.Belum sempat Mia habis menjawab salam. Wajah perempuan itu ditenungnya dalam-dalam.Seakan tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya.

“Mia…itu mamamu…”.Ujar papa.
            Perempuan yang sama yang ditemuinya di sekolah tadi.Ya, benar.Cikgu Sherrina.Dialah guru Bahasa Inggerisnya dan juga adalah mama yang ditunggu-tunggu olehnya sejak enam tahun lalu.Mia menoleh kepada budak lelaki itu, jika benar sangkaannya, budak lelaki itu tentu adalah adik lelakinya.Mia memeluk budak lelaki itu.Mia memeluknya erat-erat.Terbayang dirinya dalam tubuh sikecil itu.

“Ke mana mama pergi selama ni.Kenapa mama tinggalkan Mia dan papa?.”.Berjuraian air mata Mia mengalir.

“Maafkan mama Mia…mama bersalah pada Mia dan papamu.Mama berdosa…”

“Tapi mengapa ,mama..Mengapa?”.

“Mia…yang sebenarnya…” .Mama cuba menceritakan segalanya.

“Sudahlah Sherry, jangan diingat cerita lama..”.Tiba-tiba papa memotong.

“Mia nak dengar semuanya.Mia nak tahu kenapa mama tinggalkan Mia!!”.Mia jerit sekuat hati.Mia sudah tidak peduli akan perasaan mamanya.Mia tak peduli perasaan papa.Mia mahu tahu segalanya!.

“Mia.Mia bukan anak mama.”.Ujar mama perlahan.

“Jadi, Mia ni anak siapa?.”.Hati Mia tercalar mendengar pengakuan itu.Mia tak sangka selama ini mama bukan ibu kandung Mia.

“Mia, Mia adalah anak papa bersama dengan wanita yang dicintainya, Dilla.Ibu Mia meninggal dunia sewaktu melahirkan Mia.Kebetulan dalam waktu yang sama, mama baru saja kehilangan suami dalam satu kemalangan ngeri.Justeru papa Mia telah mengambil mama sebagai isterinya yang sah.Mama telah menjaga Mia seperti anak kandung mama sendiri sehinggalah mama didapati mengandung.Ketika itu, doktor sahkan kandungan mama adalah anak lelaki, tetapi malangnya kata doktor, bayi mama mungkin cacat.”.Air mata mama terus mengalir.

“Jadi,kerana itu mama tinggalkan Mia?.Mama dah tak sayangkan Mia kerana mama anggap Mia penyebab kepada kecacatan anak mama?.”.Mia tak sangka mama begitu bencikan Mia selama ini.Mia tak sangka mama anggap Mia pembawa sial.

“Bukan macam tu, sayang…”.Pujuk papa.

“Jadi kenapa?.Kenapa mama tinggalkan Mia dan papa?Kenapa pa?.”.Mia merasa amat sedih.

“Kerana mama tak mahu susahkan papa dan Mia lagi.Selama ini, papa Mia dah banyak tolong mama.Mama terhutang budi pada Mia dan papa Mia.Mama tak mahu dengan kelahiran bayi mama nanti, Mia dan papa Mia terpaksa bersusah payah lagi untuk menjaga kami berdua,Mia…”.

            Mia lihat wajah adik.Tak salah Mia umurnya enam tahun.Tapi fizikalnya kecil.Air liurnya sentiasa mengalir.Mata adik sepet.Kasihan..jari adik tak sama seperti Mia.Mia lihat jari tangan adik.Jari adik pendek dan jari kanannya terlebih satu.Tiba-tiba Mia rasa sangat sedih..Ini adik Mia!.Mia terus peluk adik erat-erat.Mia lihat adik tersenyum.Mia gosok kepala adik lembut.Mia lap air liurnya yang meleleh dengan sapu tangan kecil miliknya.

“Dia adik Mia!.”.Mia cakap pada papa dan mama.Papa tersenyum pada Mia. Mama juga begitu…..

            Mia pimpin tangan adik ke tengah rumah.Mia nak beri hadiah untuk adik.Adik berjalan bersama Mia.Dia berjalan terkedek-kedek.Mia dan bibik membawa adik ke tingkat atas.Mia nak tunjukkan pada adik biliknya.Mia masih ingat, papa sentiasa biarkan permainan dan barang-barang kelengkapan adik tersusun rapi di bilik khas.Kata papa itu bilik untuk adik.Mia tak percaya dengan kata-kata papa pada masa itu.Tapi sekarang,Mia dah percaya.

“Selama ini, rupanya memang tak ada ruang langsung untuk abang bertapak di hati Sherry..”.

“Kenapa abang cakap macam tu?.”.Sherrina kehairanan.

“Yelah, siapalah abang berbanding Rusdi..Dia cinta pertama Sherry. Sherry  terima abang selama ini pun rupa-rupanya hanyalah kerana Sherry terhutang budi pada abang…”.Kedengaran sayu ucapan itu dipendengaran Sherry.

“Bukan macam tu , bang..”.

“Betulkan?.Sherry memang tak pernah sayangkan abang..Sherry cuma bersimpati pada abang kerana kehilangan isteri dan terpaksa menjaga anak kecil seorang diri pada waktu itu.”

“Sherry tak bermaksud macam tu.Sherry….”

“Tak apalah Sherry, abang faham…”. Tengku Zafry kecewa.Rupanya selama ini cintanya bertepuk sebelah tangan.

“Abang, Sherry sayangkan abang..Sherry sayangkan Mia juga…”.Air mata Sherrina mengalir deras.

 Dia tak menyangka selama ini suaminya juga beranggapan begitu.Dia benar-benar cintakan Tengku Zafry.Cuma waktu itu, dia ragu-ragu tentang perasaan Tengku Zafry terhadapnya.Dia sedar siapa dirinya.Ibarat melukut di tepi gantang,jadi dia tidak pernah berharap yang lebih-lebih daripada Tengku Zafry.Cukuplah selama ini dia menumpang teduh di rumah milik Tengku Zafry dan diberi makan pakai oleh lelaki itu.Dia mengambil keputusan untuk merahsiakan perasaan hatinya terhadap Tengku Zafry.Tak disangka rupanya Tengku Zafry juga menaruh perasaan terhadapnya.

“Abang juga sayangkan Sherry…”.Tengku Zafry merangkul tubuh isterinya. Dipeluk erat tubuh itu seolah tidak mahu dilepaskannya lagi.Terlerai sudah rindunya selama ini.

“Ehemmm…Ehemmm..!!”.Mia berdehem.Terkejut kedua pasangan itu.Tersipu-sipu keduanya

            Bibik tersengih-sengih melihat pertemuan semula dua jiwa yang saling mencinta.Mia menoleh kepada adik lelakinya.Selepas ini,dia tidak akan keseorangan lagi.Dia sudah ada papa, mama dan adik yang comel untuk menemaninya.Dia juga ada bibik yang begitu setia berkhidmat untuk keluarganya.Pertama kali Mia merasa amat gembira pada hari lahirnya.Inilah hari lahir yang paling bermakna buatnya.Dia kini memiliki hadiah yang diidam-idamkan setelah sekian lama menunggu.

“Mama, apa nama adik Mia ni..?”.Mia begitu teruja.

“Tengku Muhammad Zahid Aswadi.”.

“Bin Tengku Zafry.”Sambung papa.

            Sherrina memandang suaminya.Pandangan mereka bertaut.Seolah membakar kembali semarak cinta lama..Api cinta yang semakin membara.Mia tersenyum.Bibik juga begitu.Masing-masing berasa bahagia dengan kesudahan ini.Hanya adik Mia sahaja yang tidak faham apa-apa.Air liur masih terus mengalir dari mulutnya.Bibik mengelapnya dengan tuala kecil.

“Selepas ini,kita semua takkan berpisah lagi…”.Ujar Mia.

“Ya,takkan berpisah.Tak ada sesiapa yang dapat memisahkan kita melainkan dengan kehendak Allah s.w.t.”.Balas Tengku Zafry…

“Sayang janji takkan tinggalkan abang lagi?.”Ujar tengku Zafry kepada isterinya,manja.

“Sherry janji bang..”.Sherrina merenung suaminya.

“Mia pun janji…”Tiba-tiba timbul perangai nakal Mia untuk menyakat mama dan papanya…

            Kedua mereka tertawa.Hidung Mia dipicit papa.Mama pula mencubit pipinya…

“Adui…sakitlah Mia macam ni..tak boleh bernafaslah papa….Adik..tolong kak Mia dik..!”.Mia terjerit kecil.Semua mereka tertawa.

            Hanya Tengku Muhammad Zahid Aswadi sahaja yang terpinga-pinga..Dia tidak memahami apa-apa…dan air liurnya masih terus mengalir keluar daripada mulutnya…..Semoga bahagia akan terus menjadi milik mereka sekeluarga…

Sunday 9 November 2014

Siti Hajar Ahmad Sabir

Bismillahirrahmanirrahim.. 
Kisah ini sangat sedih =( 
Semoga akak tenang di sana In Sha Allah =)
Kak Hajar ini adalah seorang pelajar UTEM..
Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta.

Image result for siti hajar binti ahmad sabir


06 JAN 2013,AHAD
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan .Segera bergegas ke Hospital Melaka.Ramai pelajar UTEM sedia menunggu setelah menerima berita kemalangan itu.

07 JAN 2013,ISNIN
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar.Pegawai HEPA UTEM mula membauat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan.Masalah kewangan mula berbangkit.Wang kami tidak mencukupi.

08 JAN 2013,SELASA
Gerakan mengumpul derma uttuk pembedahan Hajar berjalan lancar.Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tegahari,pukul 6 petang pembedahan selesai.

09 JAN 2013,RABU
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedkit menjelang petang.Tekanan darah mula turun,lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan.Muka dan badan mula sembab sebab dah dua hari hanya drip air tanpa makanan.Sebelah petang susu disalurkan ke dalam perutnya melalui tiub.Walaupun tulang belakang telah dibetulkan kedudukannya,saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah ke atas Hajar berkat semua sahabat di dalam dan luar negara.

10 JAN 2013,KHAMIS
Selepas subuh tadi kami lawat dia, dan bacakan ayat2 suci dan syifa'.Dia tenang je.Kami berbual.Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya.Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang,yang berkirim salam dan sebagainya.Memang dia tak dapat lawan bergurau,ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun da cukup.Langsung atk tunjuk air mata pada dia.Kami usap tangannya,usap pipi dan dahinya berkali-kali dan bercakap dengan nada yang ceria juga.Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu,cakap dengan suara sebak,tak boleh.Kalau kita positif,kita ceria,aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yng bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai rawatan bentuk pemulihan.Ada yang mencadangakn pergi ke sekian sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari hospitl nanti.Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25 dan menjanjikan penyembuhan dalam masa 10 minit sahaja.Hajar senyum.Pesannya,dia tidak mahu apa2 rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya ingin kan perubatan islam.Dia rela lumpuh seumur hidup dan sanggup mati,asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 JAN 2013,JUMAAT
Doktor dah benarkan makan bubur.Kami sudukan dengan sup ayam,sup sayur,ikan dan buah buahan.Minum air zamzam pakai straw.Memang haus betul dia.berkat air terbaik di atas muka bumi ini,dia segera nampak bertenaga.Menitis air mata sahabat2 melihat dia telah makan.Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar.Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.Solat hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTEM sendiri melakukan solah hajat di masjid,melibatkan kerjasama BADAR dan majlis perwakilan pelajar.

Lawatan Naib Canselor memberikan suntikan semngat luar biasa kepada Hajar.Dia ingin sembuh.Dia ingin kembali belajar.Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru2 menyebabkan pernafasannya tidak stabil

12 JAN 2103,SABTU
Doa dan kata2 perangsang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar.Kami perlu kuatkan pernafasannya.Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke dalam badan dan dia dapat melawan kuman2 yang dattang menyerang.Hasilnya,kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi.Selepas ini,kami nak teruskan dengan latihan menggenggam.Semua ini amat menyakitkan.kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan.Peranan saya sebagai ibu adallah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.Sebelah petangnya Hajar dikeluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 JAN 2013,AHAD
Akhirnya,berbekalkan sedikit kekuatan dari Allah,saya terangkan situasi sebenar,kesan kemalangan itu kepada Hajar.The whole truth.Dan sebagai hambanya yang patuh,dia redha dengan apa sahaja qada' dan qadarnya.Pendapat dokotor itu berdasarkan pengetahuan manusia.Yang mana ia ibarat setitik air dilautan yang luas.Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri.Baginya hidup mesti diteruskan.ada banyak lagi nikmat Tuhan yang sedang dinikmatinya.NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjiannya dengan kita sebelum kita dilahirkan.Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah.Dia yang maha berkuasa,yang memiliki segala galanya.Sedang kita inilah si fakir yang tidak punya apa2,dan sentiasa meminta minta dariNya.Kalau dah lidah kite mengakui Allah itu Maha Berkuasa.maka ikrarkan pula di hati,yang Dia mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi,dia dah tahu dirinya lumpuh sementara.Dah tahu situasi tulang belakangnya,saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya.Tanpa setitik air mata,tanpa keluhan,tanpa menyesali nasib,tanpa mematahkan semngat nya untuk terus hidup,katanya kalau mak ayah boleh redha,dia juag boleh redha.Banyak lagi tanggunjawab untuk digalas,dan ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya,dia akan bersyukur ,pasti ada hikmahnya.

Malam itu,sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya,dia kata, "mak dengar tak tu?suara seruan itu?"
Saya terdengar seruan bersahut sahutan,dua atau tiga kali dari arah yang tidak pasti.
"Orang azan kot" tingkah saya.
Dia jawab, "mana pulak,azan mana ada SUBHANALLAH.orang tu sebut SUBHANALLAH berkali kali.Akak dengar,cuba tengok jam,bukan masa azan kan?" akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar,"selalu ke akk dengar?"
"selalu gak,ntah sapelah yang jerit tu agaknya",jawabnya naif.

14 JAN 2013,ISNIN
Sebelah siang hajar demam.Batuk2 kecil,menjelang maghrib,cuaca sejuk,batuk makin memberat.Demam semakin tinggi mencecah 39C.Selsema,kahak tersekeat disaluran kerongkong dan belakang hidung.Hajar semakin lemah.Apabila pernafasannya tersekat,hajar menggelepar mencari nafas.Doktor segera bertindak apabila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut.Tiub dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung.Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa.Tapi masih tak banyak membantu,selsema mengalir lagi,dan kesejukan malam membuatkan hidung tersumbat semula.Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu,Keadaan amat membimbangkan.Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2.Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak tercungap cungap lagi.keltihan yang amat sangat.tp bersyukur terselamat dari situasi bahaya,stabil.

Bila da tenang Hajar bercerita semula,semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah,pertolongan tersebut telah datang.Bagaimana?Secara tiba2 dia sendawa berkali kali.Dan setiap kali angin sendawa itu keluar,terasa hidung yang tersumbat itu tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dengan selesa.Kemudian dia merasakan mukanya dipercikkan air 3 kali.Angin yang sangat sejuk dan selesa.Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang,tetiba rasa sangat selesa dan demam menurun.Subhanaallah.

Hari dah jauh malam,suami nak pulang ke rumah menjaga anak2 yang lain.Suami beritahu Hajar,dengan cepat dia menjawab,"ayah percaya Allah tak?". suami menjawab,"percaya".
Tambah Hajar lagi,"kalau percaya Allah ayah baliklah,Allah ada jaga akak kat sini".
Sesekali dia tersenyum manis.Kami tanya,"kenapa senyum?"
Dia jawab,"ada bau wangi sangat"
"selalu ke akak terbau macam tu?"
jawabnya."kadang2 je.kadang2 masa nurse datang,kadang2 masa sahabat ziarah"
Hati kami mula rasa sesuatu.Suami saya tak jadi balik.Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam itu.Dipihak dia pula terasa aman dan damai.malam yang sejuk terasa amat nyaman.Langsung tak terasa lapar dan dahaga.Menurutnya,sepanjang malam dia memerhatikan kami tidur dan mensyukuri apa sahaja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 JAN 2013,SELASA
Sebelah pagi hajar masih tak bermaya.Semakin naik matahari,hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan semakin baik.Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi.Bila demam berkurangan,hajar kembali ceria,makannya kembali berselera,makan pudding,sup,bubur ayam dan buah buahan.Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia.Bila dia sebut teringin makan pisang,tibe2 ada saja tetamu yang bawakan.Dia duduk tetapi kepalanya agak senget,masih tak boleh kawal gerakan kepala.Spontan dia kata,"kalau ada bantal kecil,boleh letak kat leher".Lalu Allah perkenankan doanya.Btal yang diidam kan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sma hajat diutarakan,(kun fayakun)

Tekak Hajar masih terasa sakit-perit.Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya.Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan.Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zamzam."Akak,ingat ye,ubat ni alat je.yang menyembuhkannya allah.Dia mengangguk,ubat disudukan ke dalam mulutnya.Pahit,kecil matanya.Segera saya berikan air zam zam untuk diminum.Lepas tu dia tanya,"air apa tadi," "air zam zam lah,mana ada bagi air lain".Dia senyum lagi,saya tertanya tanya.Dia kata,"Allah tolong akak,ubat tu memang pahit.tapi lepas minum air zam zam,rasa macam air tu manis,ia basuh semua rsa pahit dilidah akak,esok mak cubalah" .macam mana ni,nak percaya tak?

Malamnya dia kena makan ubat lagi,tanpa gentar,dia menelan ubat pahit itu dan tinggalkan sikit untuk saya.Nekad untuk menyampaikan dakwah,saya telan baki ubat itu.Memang pahit.Dan bila air zam zam diminum,rasa pahit itu hilang tak berbekas.Seperti lumpur dilantai yang tertanggal semuanya bila disiram air kepadanya.
Kemudiannya dia bertanya bagaimana dia hendak solat dalam keadaan seperti itu.Saya terkedu,telefon terus saya capai,meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif.Dan seperti yang dijangka,apa yang dimntanya,mudah benar untuk allah tunaikan.Ada saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah,Hajar menangis."Akak da lemah,makan pun tak seberapa,mana nak ada darah banyak.Doktor tu asyik ambik darah,tangan dia besar,kematu,tak sensitif.Sakit tau tangan akk ditampar tampar,dicubit cubit,da tak jumpa urat darah tu,tak pyah lah amik darah.Akak taknak doktor tu lagi".Sayu hati mendengar rintihannya,tapi macam mana?mana boleh pilih2 doktor.Tapi Allah maha mendengar,esok doktor lain pula mengambil alih.

16 JAN 2013,RABU
Usai solat subuh,saya dapati hajar mengadu sakit perut.macam kembung,perut mula membengkak dan bergerak gerak.Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah.Dia terasa nak muntah.Ya memang,dia betul2 muntah.Berlambak lambak muntah air hijau keluar dari mulutnya.Kami berikan air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak.Tapi muntah berterusan lagi,lagi ,lagi dan lagi."Akak taknak pelawat harini" Dan tengahari tu memang takde pelawat yang datang.

Menjelang maghrib,dia menyuruh ayahnya solat.Kemudian saya pula disuruh solat.Saya katakan,"nanti sape nak tolong bersihkan muntah?mak solat lewat sikit lah".Dia jawab,"Allah ada,Allah boleh bantu akak".Terkedu.Saya pun tinggalkan dia untuk solat.Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Melaka Sentral.Selesai solat,saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar.Bajunya yang terkena muntah digantikan.Kemudian dia berkata,"hah,kan betul akan cakap,allah ada bantu akak,mak pergi je,akak muntah,tapi nurse yang ada rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu akak"

Sepanjang malam,adik Hajar,Nabilah,saya dan suami hanya menadahkan kain menahan muntah Hajar.Muntah,minum lagi dan kemudian muntah semula.Bila reda sikit kami mula berbicara."Akak,nampak gayanya macam perut akak da tak boleh terima lagi air yang kami beri.mungkin rezeki minum akak dah habis.Mak bagi air untuk basah tekak je,tapi untuk menghilangkan dahaga,akak mohonlah rezeki dari Allah".

Ayahnya pula kata,"akak kalau dipanjangkan usia,ayah belikan komputer yang lebih ringan untuk akak,sesuai dengan kemampuan akak menggunakan nya..Tapi kalau usia akak tak panjang,akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia".Pujuk ayah lagi,"akak,bila dajjal keluar nanti,orang2 yang beriman,takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal.mereka berzikir sahaja dan allah cukupkan rezeki mereka.mereka tak rasa lapar dan dahaga.akk zikir lah ye".angguk.

Walaupun perbualan itu amat mnyentuh hati,tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya.Dia kata,"kalau mak dan ayah dah redha,takde sebab untuk akak tak redha.Kalau Allah izinkan akk hidup lagi,walau macam manapun rupa akk masa tu,akak akan berdakwah untuk beritahu orang akan adanya pertolongan Allah,besarnya kekuasaan Allah,mak tulis ye supaya tak lupa,nanti akan sendiri yang akan ceritakan.tp kalau umur akak tak panjang,mak ceritakanlah bagi pihak akak."

Untuk adik2 nya dipesannya agar ubah penampilan berpakaian.Untuk rakan2 dia minta maaf dan memberikan kemaafan kepada mereka.Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudungnya yang banyak.Dia turut minta digantikan puasanya dan uruskan solat yang dia tertinggal sepanjang berada di hospital itu.Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi,"susah ke rasanya nak muntah tadi?"Jawabnya,"taklah ,senang je allah tolong"."Tolong macam mane?".Tambahnya,"Dah badan akak tak boleh keluarkan air kotor tu secara biasa,allah tolong keluarkan melalui muntah,tak susah pun.rasa macam meludah je".Masyaallah,hajar sentiasa kaitkan apa yang dialaminya dengan allah.sentiasa berbaik sngka allah menolongnya.benarlah seperti hadis qudsi,allah bertindak mengikut sangkaan hamba kepadaNya.Jika kita yakin allah menolong kita,maka allah akan tolong.keputusan xray menunjukkan perut dan usu besar membengkak teruk.

17 JAN 2013,KHAMIS
Situasi kritikal,tak mahu pelawat lagi,doktor sedang cuba menyelamatkan.Perut membengkak terus.usus besar besar tidak boleh menyalurkan najis dengan sempurna.menurut doktor semua ada berkaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.ultrasound pula diambil.hajar tenang.berserah pada allah menentukan yang terbaik untuknya.

selepas waktu melawat tengahari,demam memburuk semula.perut yang membengkak menyukarkan pernafasan.doktor mula gelisah.satu tiub dimasukkan ke dalam perut melalui hidung bagi menyedut cairan yang ada di dalam perut.lebih 1 liter cairan dikeluarkan.hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi.saya sudukan juga tiga sudu air zam zam kepadanya dari masa ke semasa.:"akak jangan bimbang,kita orang islam telah dilatih dengan berpuasa,redha ya.mak bagi air zam zam ni hanya untuk basah tekak.memang tak sampai ke perut pun dia akan kering sendiri.mintalah allah hilangkan dahaga akak".
dalam keletihan beliau menjawab,beratnya dugaan allah ni mak"."memanglah,kan syurga itu mahal harganya.sabar ye.nabi ayub dulu pun diuji2 dengan berat2."dia angguk.doktor datang pasang grip.dalam hati,saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar hajar mula rasa bahang.dia minta dimandikan.panasnya kuat di bahagian dada.dan terasa semua badan sakit2.saya terdiam,saya rasa dia dah mula nazak.waktu tu saya diri membelakangkan tingkap.dai suruh saya beralih kedudukan,dia nak pandang ke luar tingkap.saya tanya,"nak tengok apa?".
katanya,"nak tengok allah".saya terkedu lagi.katanya,"allah marah sebab tak dakwah sungguh2,tak mahu cari jalan lain bila dakwah terhalang".
saya kata,"minta ampun dan banyakkan istighfar pada allah".Hajar angguk.tak lama lepas tu dia kata,matanya da mula kabur,saya membisikkan agar terus mengingati Allah,angguk.dalam termengah mengah dia berkata,"mak,izinkan akak pergi dulu,tp akk tak nampak jalan".
"Ya mak izinkan.mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalan".
sekali lagi dia mengejutkan saya bila dia kata dia dah tak boleh nampak,lalu bola matanya bergerak ke atas.saya talkinkan berulang kali..doktor dan nurse mula datang untuk menyelamatkan.saya disuruh keluar.mereka mula memasang topeng oksigen dan menaikkan tekanan darah.

hati saya dah sebu.saya tahu tadi tu hajar dah nazak.persiapan dibuat untuk pindahkan hajar ke icu semula.waktu maghrib itu kami berkejar hantar hajar ke ICU okid.

hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang di mulutnya.mesin penafasan mengambil alih pernafasan.itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 JAN 2013,JUMAAT
kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus.dikhuatiri usus hajar telah bocor.Menjelang waktu azan zohor,waktu untuk soalt jumaat,jantung hajar berhenti berdenyut.doktor segera melakukan cpr..saya nampak dari luar cermin biliknya.hati saya terguris teruk.cpr dilakukan didada.betul2 di kawasan pembedahan tulang belakangnyya.kalau dia selamat sekalipun,apa nasib tulang belakangnya itu.kan baru je lepas bedah.walaupun jantung dapat digerakkan kembali.namun jantung hajar hanya bekerja 1%,sementara mesin pernafasan yang bekerja lagi 99%.hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin itu terasa macam gimik.

19 JAN 2013,SABTU
Doktor pakar usus mengesahkan usus hajar bocor dan perluakn tembukan kecil diperut hajar untuk mengesahkan teori beliau.sekiranya benar,pembedahan yang lebih besar diperlukan untuk memotong usus yang bocor itu dan mencamtumkan semula.serentak dengan itu,kami diberikan borang pembedahan untuk ditanda tangani.semuanya atas nama untuk menyelamatkan nyawa hajar.kami buntu.suami meminta tempoh untuk bertenang dan berfikir.kami perlu solat,kami perlu berfikir dengan tenang.kami memohon pertolongan melalui bantuan allah.pukul 2 pagi,kami dipanggil semula.terdesak.kami benarkan tembukan dilakukan di perut.hanya kepada allah kami memohon pertolongan dan petunjuk.

Belim pun sempat pembedahan kecil itu.,seorang lagi doktor memanggil kami.berita besar yang disampaikan,buah pinggang hajar tidak berfungsi sepenuhnya.atau lebih tepat lagi dah rosak dan perlukan dialysis darah.hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain.terdiam.bermimpikah kami.lepas satu,satu organ badannya rosak.namun begitu,dialysis tidak bpleh dilakukan dengan selamat.kerana keadaan hajar yang tidak stabil.jantungnya dah pernah berhenti dan akan berhenti lagi semasa dialysis.darahnya terlalu cair.dah lama tak makan.pendarahan juga boleh berlaku kerana tekana darah yang rendah.jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah bincang,kami mengambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

tak lama lepastu,pakar usus pula mengesahkan,usus hajar memang benar2 telah bocor dan pembedahan besar diperlukan.kami tanya,adakah hajar stabil untuk dibedah.jawapannya TIDAK.kami tanya,adakah masalah usus akan selesai selepas pembedahan tersebut.jawapannya TIDAK PASTI MASALAH SAMA TIDAK AKAN BERULANG LAGI.lalu kami berikan jawapan selesa bagi kami iaitu tdak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi.kami juga tidak membenarkan prosedur CPR dilakukan jika jantung berhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati hati,"kalau itu keputusan puan,puan sedarkah apa akibatnya nanti??"saya jawab,"ya saya sedar,saya akan kehilangan anak saya,dan saya redha.dan kalau boleh,saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan."Doktor menjawab,"itu tidak boleh,itu menyalahi etika.,itu seperti membnuh pesakit,kami tak boleh mmebunuh pesakit.tp kalai puan tak mahu lakukan smeua yang kami cadangkan,mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan.cuma pesakit tak mmpu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri."

selepas itu,doktor terus mengawasi hajar.dan pelawat telah dibenarkan menziarahi tanpa had masa kerana hanya  menunggu masa untuk pergi meninggalkan kami semua.semua keluarga telah dimaklumkan,hajar tak putus2 diziarahi sahabat2 yang mengenali dan bersimpati.masing2 ingin menatap wajahnya kali terakhir.

20 JAN 2013,AHAD
Pagi itu kami  berdoa khusyuk dalam doa masing2,hanyut ke dalam munajat kami kepada allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.tepat jam 9.20 pagi,hajar melepasi sakaratul maut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah.pergilah sayang,tuhanmu yang lebih menyanyangi telah menunggu.terima kasih ya allah kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini.20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.terima kasih kerana telah menghadirkan akhlak yang mulia kepada anak kami ini.kini kami kembalikan ia kepadaMu Ya Allah.dakapilah ia dengan limpahan rahmat,kasih sayangMu yang maha agung.amin amin ya rabbal alamin.

Siti hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.begitu ramai sahabat,pegawai universiti,pensyarah dan saudara mara yang datang memberikan lawatan terakhir,memandikan,menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau.seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang muhajidah sejati.cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang tetapi tidak pula hujan,turut mnyentap hati insan2 yang jujur menyayanginya.