Friday 13 December 2013

Kisah Iblis Menolong Seorang Pemuda Ke Masjid


Kisah Iblis Menolong Seorang Pemuda Ke Masjid 


Kisah ini bermula apabila seorang pemuda bangun pada awal pagi untuk solat Subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid. Di pertengahan jalan menuju ke masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid. Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama. Dia sekali lagi bangkit, membersihkan dirinya dan kembali kerumah. Di rumah, dia sekali lagi berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid. 


Di tengah jalan menuju ke masjid, dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut dan lelaki tersebut menjawab "Saya melihat anda jatuh dua kali di perjalanan menuju ke masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda." Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan menuju ke masjid. 

Apabila mereka sampai di masjid, pemuda tersebut bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat Subuh bersamanya. Lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali-kali tetapi jawapannya sama. Pemuda itu bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat Subuh bersama? Lalu lelaki itu menjawab... "Aku adalah IBLIS..." Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu. Iblis kemudian menjelaskan,"Saya melihat kamu berjalan ke masjid dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan SEMUA DOSAMU. Saya membuatkan kamu jatuh kali kedua dan itupun tidak membuatkan kamu berubah fikiran, bahkan kamu tetap memutuskan kembali untuk ke masjid. Kerana hal itu, Allah memaafkan DOSA-DOSA SELURUH ANGGOTA KELUARGAMU. Saya bimbang jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa dosa seluruh penduduk kampungmu jadi saya harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dengan selamat..."


 Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi Shadaqah Jariyah pada setiap orang yang Anda kirimkan pesan ini. Danapabila kemudian dia mengamalkannya,maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat... Ada 2 pilihan untuk Anda:1. Biarkan di dalam wechat, catatan atau pikiran Anda tanpa bermanfaat untuk orang lain. 2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yangmenyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala....‪#‎Renung2kanSelamatBeramal‬ 



Tuesday 26 November 2013

Pakai Tudung VS Tak Pakai Tudung

Pakai Tudung vs Tidak Pakai Tudung




Ehem *clear throat* Hai semuaorang especially gadis-gadis comel yang pakai tudung mahupun yang tak pakai tudung. *lelambai tangan* Irdina ada doodle untuk awak-awak semua ni. Just for fun. Actually, not so fun, cuma saja suka-suka, out of boredom, maka terhasillah post ni. Post ni bukan post untuk troll orang so harapnya takde yang butthurt. ^ ^



Pakai Tudung vs Tak Pakai Tudung

Ada yang pakai tudung memang baik.
Ada yang pakai tudung tapi jahat.
Ada yang tak pakai tudung memang jahat.
Ada yang tak pakai tudung tapi baik.

Ececeh. Macam pantun lah pulak kan. Heee. Sebenarnya, memang betul pakai tudung tak semestinya orang tu baik dan tak pakai tudung tak semestinya orang tu jahat. Well said. Tuhan pun tak suruh pakai tudung je. Tuhan suruh tutup aurat. Tudung tu salah satu cara untuk menutup aurat.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada.... (dot dot dot)" - diambil dari sini



 Pakai Tudung (Baik)

Jenis yang dia pakai tudung dan baik, maksudnya menutup aurat dengan sempurna, contohnya:
#1 solat awal waktu, 
#2 rajin mengaji Quran, 
#3 rajin berpuasa sunat, 
#4 rajin menderma, 
#5 sopan-santun.


Tak Pakai Tudung (Baik)

Jenis yang tak pakai tudung tapi baik ni jenis yang "don't judge a book by it's cover" maksudnya walaupun tak pakai tudung tapi lagi baik dari yang pakai tudung kekadang tu. Contohnya:
#1 solat cukup, 
#2 selalu mengaji Quran, 
#3 rajin berpuasa, 
#4 rajin bagi derma 
#5 sopan, tak mencarut bukan-bukan.
Memang baik sangat-sangat.  :)



 Pakai tudung (baik) tapi.....

Ini ada 1 masalah. Dah bagus dah pakai tudung dan baik sebab tak buat maksiat apa semua, TAPI, alamak ada tapi lah pulak, tapi tudung tu sekadar tudung, tak tutup aurat dengan sempurna. Contohnya:

#1 pakai tudung tapi nampak rambut (tak pakai anak tudung)
#2 pakai tudung tapi pakai legging (ketat)
#3 pakai tudung tapi baju pendek (tak tutup pinggul)
#4 pakai tudung tapi baju jarang (tak pakai inner)
#5 pakai tudung almost perfect tapi nampak kaki (tak pakai stoking)
#6 pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek/lengan tiga suku
#7 pakai tudung tapi tak tutup dada (common problem)
#8 pakai tudung tapi nampak leher (sebab nak tayang subang kot)
#9 pakai tudung tapi sanggul tinggi (macam bonggol unta)
#10 pakai tudung tapi ber-make-up tebal (tabarruj)


Kalau tengok dekat blog http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/ lagilah macam-macam gaya boleh jumpa. This is a serious problem. Bukannya tak boleh nak melawa dan berfesyen tapi berpada-pada lah kot, kan? Boleh je tutup aurat dengan sempurna dan nampak lebih cantik. Kalau di mata manusia tak cantik pun, at least cantik di mata Tuhan. =)

Ini ada beberapa guide untuk pakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna dari http://www.owhsomuslim.com/osm/a-guide-to-proper-hijab-for-ladies/



Pakai Tudung (Jahat)

Yang ni benda yang sangat rare sebenarnya, tapi bukan perkara yang luar biasa. Kalau tak, mana datangnya quote "pakai tudung tak semestinya baik" kan kan? Bagus dah pakai tudung tapinya jahat lah pulak, contohnya:
#1 merokok
#2 mengumpat yang boleh sampai ke dosa memfitnah, 
#3 bergaul bebas dengan bukan mahram sampai terjadi benda bukan-bukan, dan 
#4 mencuri barang orang lain. 


Tak Pakai Tudung (Jahat)

Yang ni common rasanya. Orang selalu samakan, tak pakai tudung = jahat macam kapir. Ish3. Harsh gila ayat tu. Ada je kapir yang baik. Hmm, contoh yang tak pakai tudung dan memang jahat betul contohnya:
#1 minum minuman keras yang memabukkan, 
#2 mewarnakan rambut, warnakan kuku tangan kuku kaki semua, nak solat macam mana kalau wudhuk tak sah? 
#3 hipokrit contohnya dia pura-pura pakai tudung sebab nak mengorat lelaki ataupun pura-pura pakai tudung sebab kena paksa dengan family. Bila dah belakang family, terus jadi Setan. Lepastu tak pasal-pasal ada lagu "Minah Tudung" ciptaan Hafiz As'ari, 
#4 seksi meksi yang menggoda mata para Arjuna. Kalau yang alim sambil tengok sambil geleng-geleng kepala atau istighfar, kalau yang gatal, sambil tengok sambil tersengih kerang busuk. 
#5 pregnant out of wedlock lepastu dump baby merata-rata dekat dalam longkang lah tong sampah lah. Aiyooo.



Apa-apa pun, ingatlah yang hidup kita ni bukan untuk dunia saja tapi untuk bekalan di hari akhirat jugak. Sekarang dah akhir zaman, Kiamat akan berlaku bila-bila yang kita pun tak tahu bila, takut tak sempat bertaubat. Wuwu. Takutnya. #notetomyself ... Credit to - Milimilo

Saturday 23 November 2013

Kisah Al-Marhum Akhi Ahmad Ammar

Cerita tentang Allahyarham Akhi Ahmad Ammar.


Image result for ahmad ammar

Ana mulakan dengan Bismillah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oleh krn rmai yg brtanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yg baru2 ini mnggemparkn ummah dgn pemergian beliau mnghadap Ilahi. Maka sy sbg sahabat spengajian beliau di Turki brasa brtanggungjwab utk mmperkenalkn serta mem 'promote' kn sgl kebaikan yg beliau prnah lakukn smasa hayatnya mudah2an ia dikira ilmu brmanfaat yg dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan shingga kiamat). Harap kpd siapa yg baca, baca lah smp tamat. Maaf ia agak pnjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dgn bnyak ayat yg x trsusun.

Beliau ntara student Msia trawal ( beliau batch ke 2, sy ke-4 walaupun smp skrg student msia d Turki x smp 35 org pun) yg mlawan arus perdana apabila mmilih Turki sbg destinasi pngajian setelah SPM. Sbb tu kami pggil beliau Abg Long. Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sbg pelajar kedua trbaik SPM 2010 di RMC dgn pencapaian 9A1 1A2 mmilih utk smbung d Turki, Negara yg sering dlabel sbg Negara eropah yg 'sakit'. patutnya beliau ke tempat yg lebih brprestij. dah la amb Turki, ingatkn amb medic ke, atau engineering, tgk2 amb sejarah, bidang yg sering diamb oleh student gred C dan D, sjarah Uthmaniyyah plak tu. MashaAllah. Bila prtama kali sy tnya beliau knapa pilih Turki dan amb sejarah. Jawapan beliau "Turki ni dulu prnah jd pusat Dunia Islam 600 tahun, xde kuasa dunia yg lg lama drpd tu, Negara lain pun respect n tunduk dgn Turki, knapa kita x bngga, tu sjarah kita. kita boleh kmbalikn balik sjarah tu. lpstu kita ni da blaja tinggi2 last2 org yg blaja lebih2 kurang plak control kita. sbb tu ana amb sejarah". Cukup trsentak dgn jawpan tajam beliau.

Beliau seorg yg sgt pndiam, tp skali beliau cakap, smua org nk dgr dan akan ingat ap yg beliau cakap. Beliau jg sgt susah nk gelak ketawa, tp skali beliau ketawa smua org ingat bila dan apa yg buat beliau ketawa. Beliau jgn haraplah nk brckp dgn perempuan, sgt kekok klu beliau dlm situasi trsebut. prnah skali beliau bwk student msia overseas yg dtg cuti d Turki dn kebetulannya perempuan, oleh krn beliau malu nk bg tahu kt perempuan trsebut, beliau call seorang sahabat kami yg amb master d Turki utk tlg bg tau perempuan tu apa yg dia nk bg tau. Padahal beliau ad dpan prempuan trsebut. MashaAllah begitu skali beliau mnjaga dirinya.

Beliau seorang yg sgt rajin menolong, klu ad prgrm ap2 d rumah, beliau org yg pertama smp utk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. beliau jgla yg last skali balik sbb nk bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dn bungkuskn makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sgt sopan santun, sgt brjaga2 ketika brtanya dn sgt brdisiplin. sbb beliau prnah ckp "dulu mse kecik2 mmng kuat ah main2 tp lpas masuk RMC mmng kna train habis". Sy cukup rapat dgn beliau dan keluarga beliau malah sy mngenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. mana tidaknya msa first time sy ngaji dpan org umur 8 tahun, atas prmintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lg sy aktif dlm prgrm ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak sy smp d Turki, klu sabtu ahad, sy akan prgi ke rumah beliau dkt Fetih Mahallesi (hari2 lain sy d asrama Turki) ,mkan sma2, beliau masak, brsukan, brdiskusi smp tulis kt whiteboard dan akan tidur d biliknya. ntara cara beliau ialah sbelum tidur dan bangkit dr tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pd masa tu sy ingat mungkin dr sek. menengah lg kot dia mcm ni. Beliau sering tidur lewat krn mmbaca buku (buku2 nya bnyak yg dah ghabak dan bnyak tulisan menunjukkan yg mmng beliau mmbacanya). Bulan lpas, sy dminta utk bentang mngenai sejarah Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yg sy jdkn rujukn utama. beliau pun bg la buku2 dan article2 sbg prsediaan utk sy. Beliau jg cadangkn supaya setiap minggu mesti ad student yg akan present mngenai apa2 ikut bidang masing2.

Ketika Eid Adha yg lalu, kami (student Msia) brkump. brsama2 selama sminggu. dlm seminggu tu ad 1 hari full prgrm dr pg smp mlm. kami dibahagi2 ikut kump. Dtakdirkn Allah, kump sy dketuai oleh beliau. tp yg lawaknya nama kump sy yg beliau bg.oleh sbb beliau sgt suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kump kami yg beliau bg ialah 'Fatih Var Mı?' yg brmaksud Fatih ade ke? sgt kelakar sbb nama kump kami soalan. Jd setiap kali nama kump kami dpanggil, smua akan ketawa trbahak2 trmasuk kami dn beliau sendiri. Tugasan kami adalah pg ke muzium Atatürk dn buat skit research. Dlm muzium itu, beliau seolah2 jd penceramah apabila sgl gambar2 yg ad dlm muzium trsebut beliau trangkn dgn detail lebih drpd petugas2 muzium trangkn pd kami.

Ad skali tu time mkan mlm d rumahnya, beliau crita pngalaman beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan d Syria. Beliau kt,"Ana ni bukannya reti Arab". smua org yg mnyertai misi ini tahu bhs arab dn bila tentera Syria tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria (walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn beliau dtnya, beliau jwb Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah beliau brjaya jg cari jln belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi. Sbelum bliau pg, beliau prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa mcm nk kena kwen da ni, x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad hospital Syria , beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid (krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x de apa2 brlaku beliau trus tidur. Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau d Syria, beliau ad brtanya dgn sorang pemandu di Syria (kbetulan driver tu boleh ckp inggeris skit2) "knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda kt sini da x pandang da harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk syahid". Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kt "awak ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn slamat, kami pun (psl baru habis baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkn beliau 'Syahid yg Trtangguh'. Bila beliau cerita pd kami yg beliau mimpi. kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari2 berikutnya beliau mmng brubah, setiap kali beliau pndang prempuan, tiada apa2 yg drasainya. 'Ajeeb!!!

Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg ngaji time ana kawen nnti ye" sy pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke? dgn org mna?" Beliau jwb "ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org bosnia" ktanya smbil brseloroh. Beliau jg ckp "nnti klu kt ana meninggal kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" sy pun jwb "x yah la ckp2 mcm tu".

Bbrp hari sblum beliau pergi mngahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dlm satu majlis makan malam di Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula, sy brkesempatan brtemu dgn Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nnti sy terangkn knapa sy selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya sy mcmna bleh jmp Dr. Davut sbb beliau nk sgt jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bwk jmp msa dia dtg Beşiktaş hari tu. Beliau kt Dr. Davut seorang yg sgt bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) shj dah boleh gerunkn musuh2 Turki. Pd mlm itu beliau brcakap bnyak lebih dr biasa.

HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah prtemuan perpisahan kami di ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah sy anggap sprt abang dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya. Beliau prgi meninggalkn kami dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln raya, kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah ambulan kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju mcmna). Kami trus ke hospital utk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang mrk yg baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil olehNya, malah beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga). Sy masih x dpt trima hakikat ketika itu, ia sprt mimpi. Setelah jenazah dmandikn, kelihatan peluh msih ad pd wajah beliau. Sy knal muka beliau time tidur dn begitu lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng rasa mcm nk kejutkn je. Namun Allah lebih mnyayangi beliau.

Ketika jenazahnya d solatkn di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir. Pd ketika itu, saya yakin beliau seorang yg tiada musuh. Rakan2nya sama2 ponteng klas pd hari itu sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2 utk brsama solatkn jenazah beliau. Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan Camii, rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan tresbut jg ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan tmbahan pula foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah. Ketika itu, kwan2 univ. beliau turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian masing2. Dlm video ini, sbnrnya bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas (x sprt yg trtera dlm video), tp sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat Hoca bhw Al-Marhum prnah minta sy bc pd msa ini. Sy pun baca surah Al-Ikhlas sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama), kali ke2 dan ke 3 sy sebak dan x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn prmintaan beliau smasa hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau. setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum "nnti bc lama2 lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke, sy lebih emosi dr bapa beliau ketika itu. Pd keesokan harinya, bapa beliau mndpt pnggilan telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup tp x brkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org itu. Bbrp hari yg lalu, fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah pokok yg dberi nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yg brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana trsebut kata pd sy smbil mnggeleng kepala "ini bukan anak yg pkcik didik ni, mesti ad org lain yg didik dia smp ke tahap ini."

Last skali sblum beliau pergi, status terakhir beliau d FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd sesiapa shj yg mmbcanya. Sy redha beliau tetap telah pergi. hnya ilmu, nasihat dan smangat yg beliau tggalkn pd sy. kalau dulu org sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa trbahak2, namun kini kalau dsebut lg, hnya wajah beliau yg akan dkenang dan air mata akan mngalir. Rmai diantara kami ingat apa yg jd pd beliau akan mnjadi kerisauan ibu bapa d luar utk mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun kuasa Allah rupa2nya beliaulah pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula mngenal apa itu Turki dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara Msia dan Turki.

Sungguh, beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!. Moga dgn hnya menonton video ini rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Sy pasti dan akan slama2nya mencemburui beliau. "Abg Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin.

Al-Faatihah.

MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
İSTANBUL,TÜRKİYE
Allah..hebatnya arwah..
pengisian 20tahun hidupnya jauh berbeza dgn pengisian diri ini..
hebatnya dia smpai wanita dunia x layak utk dia..
hebatnya smpai ulamak turki mintak izin umi abi dia utk simpan brg arwah sbg kenangan
hebatnya arwah boleh bersemadi brsama makam para sahabat..