Thursday, 11 May 2017

Sesuatu yang mengajar erti kekuatan, ketabahan !

November, 2016

Nak buat ajet ajet novel sikit boleh tak ye, boleh lah ye :b

Mataku pejam. Menahan rasa hati yang sangat pedih. Lantas aku duduk di atas kerusi panjang kantin. Aku menutup mukaku dengan sebelah tangan dengan kepala yang tertunduk ke bawah sikit.

Ada senior tegur,
" Lahh kenapa nangis ni? "
aku hanya merespons dengan gelengan kecil.

Nafas mula teresak menahan sendu. Dengan muka yang merah aku tak ke bangunan sekolah, kebetulan pagi tu tak ada perhimpunan, lantas aku ke masjid. Berhamburlah air mata yang sangat sangat tak tahan nak pecah.

Bukan sekali dua aku sedih, ada junior tegur,

"Kak Irdina awat semenjak dua menjak ni selalu sedih ja? Tak pernah tau nampak kak irdina tak happy." Dia kenal sangat perangai aku yang happy go lucky tu.

Kau tahu, bila kau dah sayang seseorang, dan dia memainkan hati kau? 3 bulan kawan aku air mata je. Dan aku dah faham quote,

" Kehilangan manusia mengajar erti bukan semua orang milik kita. "

Aku cuba untuk kuat tapi .. Huh lembik giler aku time tu. Tengok page @kitakanmember pun boleh syeh syeh hinguih dah depan phone tu .

Dan sampai satu masa aku dah tawar hati, serious . Ini kisah paling sedih dalam hidup aku. Kalau hampa tanya kawan- kawan aku. Betapa teruk gile aku time tu. Serious kawan kawan aku pun simpati kat aku. Bila ingat balik macam tak berharga jek air mata tu.

Aku dah buang kau jauuuuhhhh jauh.
Tiap malam aku doa kat Allah, bagi aku kekuatan. Bagi aku kekuatan. Tapi aku selalu tertanya, kenapa Allah tak balas doa aku?

Baru first time aku rasa hati yang sakit, lidah yang tawar nak makan. Nasib mandi basah. Dan Allah bagi kekuatan yang aku minta pada sesuatu yang lebih besar lagi dugaan tu.

Like now, saya dah happy lerr ! :)
Terima kasih pada kawan- kawan yang masih setia di sisi . Yang selalu gegile, selalu support aku.