Saturday 29 October 2016

AKU RINDU . u_u

Assalamualaikum.

Aku irdina, budak sek.men.al-azhar. Semestinya aku ada banyak kawan kat sana, hehe 15 orang jer kawan aku, tapi cukup buat aku terhiburss. Bergaduh tu mesti. 

Dan, aku saayang depa! Aku sayang depa kerana Allah, InshaAllah laa hehe. 
Cintanya Rasulullah pada Aisyah tidak dapat lagi menandingi cintanya Rasulullah kepada Khadijah, srikandi hatinya yang tak putus putus menyokong baginda demi berdakwah untuk Islam, untuk kita!

Macam tu juga aku, sayangnya aku dekat kawan kawan SMAZ, tak akan pernah sama persekitaran dia macam SRAZ. Aku tau time sraz aku tak berapa nak meced, gelak tak yah cover, budak laki aku tak la takut pun, aku tak kisah langsung, aku rasa time sraz, dunia aku dan kawan kawan perempuan aku ja. Serious aku tak pernah kisah pasal budak lelaki. 

Main pun tak yah tengok kanan kiri, siap angkat kain lagi, tak ada kena bash dengan orang sekeliling. Dan aku tak kisah langsung budak darjah 1 panggil aku dina time aku darjah 6. Aku ada sorang budak perempuan yang aku rapat, aku rapat start time sukan, dia darjah 1, aku darjah 5 tak silap, sekarang dia ada lagi kat sraz, Awanis nama dia. Dia selalu tarik tudung aku tahun lepas, apakah haha, Heheee sweet dok.. Wekk, sekolah menengah? err,, haih mai mana awanis ni,, ok back to the point.

Sayangnya aku dekat kawan kawan 6 Hanafi, 5 Al- Afghani, takkan pernah sama dengan SMAZ! Aku rapat dengan 2 orang bawah ni,


Ammar Izzah


Aisyah Nazri a.k.a Cah Naz 

Seribu pun yang mai kat aku di dunia ni, serious takkan sama sayangnya aku kat depa. Level rindu aku, biaq Allah ja tau. Tambah cah naz, dia adalah orang paling unik aku pernah jumpak ok. Hahaha unik? Perangai dia unik. Hati kering. Tapi sama aku, 2 kali kot teqeyak sebab aku hahahha. Ingat hati dia tu cukup sado dah, rupanya hek lehhh. 2 sebab tu... Biarlah rahsia.

Annoying, egois, gelak cam kucing, minah hati sado tapi tak berapa nak sado, itu Ecah yang aku rindu!

Izzah,, hehe dia banyak okey rahsia dengan aku. Shhttt. Mana boleh bagitau! Semuaaaa memori kita aku tak pernah lupa.

The best memories aku rasa dekat MGBSIM and Dinasour Trek 2, aku sedih time pasca upsr ke langkawi, depa tak ikut, Izzah tak ingat kenapa, Aisyah sebab kg. dia dekat langkawi, so dia dah banyak kali pi langkawi. Hmm, puas aku pujuk. Takperlahh,, aku kwan ngan Huda, Huda ni aku rapat jugak tapi taklah serapat aku dengan Cah and Izzah.

Masuk Menengah aku terkezut budaya. Apakah hahaha, yelah tak sama bi'ah dengan S.Rendah. Ada istilah senior junior, kak kak, asrama. Hmmmpp.

Aku time interview Almaad, sekolah yang Cah belajaq la ni, aku yakin aku boleh masuk! Aku nak persahabatan kami diteruskan! Aku tak mau berpisah! Aku tak dapat, aku tak tau.. Aku ok ja kut? 4A 1B? Aku pun terfikir, aku budak kelas A, 6 Hanafi, 4A 1B kenapa tak dapat masuk sedangkan budak kelas sebelah 4A 1B dapat masuk? Dia tak ada apa apa pun?

Sedih jugaklah.. Sebab aku memang tak mau masuk SMAZ, aku siap kata dekat muallim Anam, Muallim, saya takkan masuk SMAZ, betoi muallim! Saya tak rela! Aku cakap dengan yakin, yelah result aku bukannya teruk, aku nak sekolah dengan kawan aku, Izzah ka ecah kaa.

Lepas aku tak dpat, aku tak tau nak pi sekolah mana, bila dapat tau Izzah masuk SMAHI, SMA Hidayah Islamiyah, aku terkezut! Sekolah tu lah yang aku nak pi interview tapi tak jadi sebab aku lebih nak masuk Almaad dan memang aku yakin aku boleh masuk! Hari berhari, dalam group FB messenger, semua pakat cerita depa sekolah mana.. Aku ja tak tau lagi.. Huhuu sob sob, akhirnya 

SMAZ! Aaaaaa aku rasa sedih sangat sebab kena masuk smaz, dah lah aku duk smaz dari tadika lagi! Sehari sebelum persekolahan bermula baru mak aku buat baju sekolah, gila tak? Hmm, aku time form 1 tak duk asrama, start form 2 baru duduk asrama.

Perancangan Allah, memang aku, Izzah ngan Cah tak duk sesama. Dan paling aku terkezut, Cah la ni berkawan baik dengan Awatif and Adila. Awatif tu duku kawan rapat time aku pi kem darjah 5 kat UUM, Adila tu kawan baik Syabihah, Syabihah tu aku rapat la jugak dengan dia dekat SMAZ ni. Dunia sangat kecik. Awatif and Cah memang gila gila orangnya. Memang patut punn.. 

Perjalanan semuanya dah diaturkan Allah. Aku redha. 2 minggu di SMAZ aku langsung tak suka! Sampai bulan ke-8 baru aku terima hakikat yang aku ni student SMAZ. Dalam tempoh tu, aku ada terima surat dari Huda ajak aku pi MATRI, dia kata senior kat sana baek baek. Tapi hmmm aku terfikir jugak nak pindah... Dia siap bagi map lagi nak pi matri cemna hahahha.

Tahun ni kalau dak nak pindah pi Almaad buat permohonan, tapi semuanya dah tersurat. Aku tetap di SMAZ. Allahuu :c . Dekat SMAZ tak ada apa yang teruk sgt pun, tak ada pun histeria, buli. Tapi... Aku terkezut budaya you know.. Selama aku duk SMAZ ni, aku ada kawan rapat.. Dan memang semua tu takkan pernah sama dengan SRAZ. Hmm aku rasa aku taip panjang dah ni. 

Cukuplah setakat tu. Bye!


No comments:

Post a Comment

Hey, tinggalkan komen walaupun satu ^^ !