Saturday 29 August 2015

Henshin! Cinta manusia to cinta Illahi!

Bismillahirahmannirahim. .
Macam mana nak move on dalam hidup, meninggalkan cinta manusia dan mencari cinta illahi ?
Firstly, bila sebut cinta manusia, ada dua kemungkinan.
1. Asbab kita semakin dekat pada Allah.
2. Asbab kita semakin jauh pada Allah.
And think, mostly kita berada di mana ? Tak perlu jawab di sini, jawab dalam hati yang paling dalam. Even saya sendiri maybe sedang bash diri sendiri. Who knows ?
Andai kita jadi pokok kelapa di tepi pantai mesti tenang hari-hari, dengar ombak yang sentiasa menenangkan jiwa. Andai kita jadi seekor burung yang terbang di langit mesti tenang terbang bebas di udara tanpa halangan, hatta andai kita seorang kanak-kanak kecil mesti tenang kerana tidak memikirkan pekerjaan yang banyak, yang difikirnya hanya main main dan main, ketawa ketawa dan ketawa. Masya Allah. Namun hakikatnya siapa kita hari ini, adalah tulisan takdir yang telah disusun cantik oleh Rabb. Kenapa saya kata cantik ? Kerana kita manusia dikurniakan 'akal' tidak seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Again, dikurniakan akal.
I believe ramai di luar sana, yang nak berubah, tapi bila fikir balik Ya Allah, banyak sangat pengorbanan si dia lakukan. Dia dah bagi macam-macam, caring macam-macam, bawa ke tempat-tempat romantik sampai tak sanggup lihat si dia kecewa, takut si dia merana, dan alasan paling kukuh 'masih sayang'.
Sampai bila ?
Sampai bila awak ?
Kalau kita duk kata si dia dah banyak berkorban untuk aku sekian sekian, apa kau ingat sikitnya pengorbanan Allah selama ini ? Just tell me. Atau sudah lupa siapa yang banyak memberikan nikmat paling banyak pada kita ? Kau tahu siapa cipta kau ? Kau tahu siapa bagi kau akal untuk berfikir ? Oksigen untuk bernafas ? Mata ? Telinga ? Tangan ? Dan Hati ?
Ya kau akan jawab of course lah Allah.
Kau tahu siapa yang anugerahkan kepada kau ibu bapa yang menyayangi kau ? Adik beradik yang sayang kepada kau ? Dan aku sebagai sahabat yang sayang pada kau kerana Allah ?
Kau akan kata lagi, ish tahulah. Mestilah Allah. Ha sekarang baru sedar ke acaner ? Tidak ada satu pun di dunia ini si dia si dia yang kau sebut tadi mampu menghapuskan atau mengkaburkan mata hati kita dengan cinta Illahi. Semuanya Allah yang anugerahkan.
Kau sedar tak Allah dah bagi everything for you ? Apa benda lagi yang kau nak kata Allah tak bagi ? Semua Allah bagi. Bagi yang perempuan, Allah bagi kau kecantikan. Mana ada seorang wanita di dunia ni yang hodoh ? Hatta keturunan dari Brazil nuh, Somalia nuh, Afrika nuh. Tell me ? Perempuan mana yang tak cantik ? No. Tidak ada. Thats why kenapa Rasulullah siap pesan betapa dasat fitnah wanita. Jangan main-main bro, jangan cakap besar, tipu andai kata tiada lelaki yang jatuh imannya kerana wanita ?
Kita sanggup tinggalkan Allah demi si dia yang 'beri segala-galanya' kononnya ? Sanggup membelakangkan Allah demi cinta manusia ?
Fitrah manusia ni sentiasa suka pada kebaikan, cuma nafsu lah yang membezakan setiap dari kita. Sehingga yang tak baik, buruk, jelek nampak indah di mata kita. Itulah perlunya kita muhasabah diri. Di mana kita berdiri ? Siapa kita ? Kenapa adanya kita ? Untuk apa tujuan hidup ini ? Adakah hidup hanya suka-suka ? Pasti tidak bukan ?
Kalau saya tanya, semua orang pasti pilih Syurga. Maka kenapa masih berperangai seperti 'tidak sabar dihumban ke neraka' ? Saya tidak bash sesiapa, malah saya bash diri sendiri. Cuba tengok semula, kita berada pada cinta manusia yang mana ? Sama ada asbab semakin jauh pada Allah atau semakin dekat atau sudah tak kenal Allah ? Allahu.
Nak berubah bukan sekadar azam pada mulut. Tapi kena azam pada akal, jiwa, jasad dan iman.
Kau kata dia sayangkan kau sangat-sangat, cintakan kau sampai bila-bila. .
Sampai bila-bila tu sampai mana ? Sampai bila-bila di neraka atau syurga ? Fikir.
Nak jatuhkan air mata. Silakan
Nak menangis silakan. Nak teriak silakan. Tapi bangun semula dan jangan mahu mengalah. Apa hidup ini hanya semudah abc ? Rata-rata menjawab tidak. Tapi sebenarnya ia mampu semudah ABC bahkan lebih mudah dari itu, syaratnya Allah is everything.
Allah tidak hadirkan perasaan cinta dengan sia-sia. Tapi pilih cinta bermaruah bukan cinta murahan. Islam memuliakan kita. Tapi kita yang menghinakan diri di atas islam itu sendiri. Biarlah kau baca sampai rasa nak nangis, daripada kau nangis di hari yang tiada guna lagi segala esakan tangisan. Ya kita lemah, sebab itu kita perlu pohon kekuatan pada Allah.
Jangan siakan 'kesedaran' yang Allah beri ini, takut-takut bila kesempatan ini tidak digunakan, tiada lagi kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita. Dan mungkin salah satu kesempatan yang Allah tarik perlahan-lahan ialah perginya orang yang selalu nasihat kau. Siapa tahu sekejap saja lagi, selesai menulis Allah ambil saya ?
Sementara iman masih bernadi, selagi kesedaran masih dianugerahi bertekadlah Allah is everything.
Mati.
Para alim ulama sentiasa mengingatkan mati lah yang akan membuat seseorang itu sepatutnya move on mencari cinta Illahi. Tapi mungkin ada antara kita, hanya rasa biasa bila mendengar perkataan mati. Tiada rasa gerun, seram, sejuk, menggigil dan sebagainya.
Wallahi, jika kau tahu setiap yang 'bernyawa' pasti mati, kau akan tahu bahawa kau akan mati.
Syarat mati adalah bernyawa
Dan kau sedang 'melalui syaratnya'.
Rasalah sebentar saja lagi.
Kau akan mati.
Apa perlu mati dulu kemudian move on ?
You will die the way you lived.
Your faith is your tree of life. The deeper the roots, the stronger the faith, water the tree with good deeds or it'll wither and die. Every soul will 'taste' death.
For how long, for how long are we going to be heedless of the signs of Allah, for how long are we going to be busy with the Dunya, busy making money, chasing our dreams, following our desires? We know my brothers and sisters that death is a reality, you can't run away from death, even if you were in a fortress with wall built up high, death is going to come and find you.
Imagine your time is today, what have you got to take back to Allah, have you repented for your sins, for this temporarily life. You have given up eternal bliss and eternal happiness, life which never ends. My dear brothers and sisters, even if the hereafter was soil and mud and this dunya was gold and silver, still the hereafter will be better than this dunya, because it is eternal, for reality is; this dunya is mud and soil and the hereafter is gold and silver, and yet, we choose this life over the next, are we asleep, why are we walking around like headless chickens, we will be brought to account.
On the day when everyone will be a stranger to another, when your best friend in this dunya will be a stranger to you in the next, when your mother is going to abandon you, just to save herself, the day, when every small action that you ever did, you will be showed, every atom weight of good and every atom weight of evil.
My dear brothers and sisters, this is the promised day of Allah, doesn't your heart tremble with fear, knowing that you will be brought to account and how you will die and that's how you will be raised, that day when a Childs hair will turn grey due to the shock and fear, what will be your excuse on that day?
When your limbs, your own legs are going to give witness against you, when your lips are going to be sealed and your legs are going to speak and say,
'Ya Allah, he made me walk to this haram' and your own hands are going to say, 'Ya Allah, he used me to touch this haram, on that day my dear brothers and sisters, there is no refuge, except with Allah. There is no escape, so take heed before your time is up, ask Allah to make us amongst the Saabiquns, the group of people who race each other to good deeds and these people will closest to Allah SWT in the next life. '
Mati.
Rasalah sekejap saja lagi.

No comments:

Post a Comment

Hey, tinggalkan komen walaupun satu ^^ !