Thursday 5 May 2016

Sekecil- kecil perkara di dunia, Allah ambil kira!


Assalamualaikum!

Dah jadi kewajipan budak- budak asrama bila nak beratur ambik makanan kat kantin mesti cup tempat!

Contohnya bila kat kelas, ada budak laju nak pi kantin, orang kat kelas tu bagitau dekat budak laju tu kata, 

Weyy weyy belakang hang aku tau !

And then bila kita sampai dekat kantin, masuk laa barisan. Lepastu tiba- tiba ada budak baru mai kantin tiba- tiba nyelit depan kita. Ngoihh -,- 

Pastu dia kata 
Aku belakang dia.

Heyyy. Bayanglah hang punya jalan laju (ahaks aku la tu kot) pi kantin masuk barisan. Mai mai tang mana masuk line kat depan. Apa hang rasa? Adil ka? Sedangkan depa jalan toing toing jaa mai mai kantin potong linee pulak.

Lagi kesian budak belakang yang mai awal tiba tiba budak lambat pi kantin mencelah pi depan. Watdaaa.

Huh aku tak mau lah disebabkan cup- cup ni aku lambat masuk syurga. 

Boleh jatuh dosa ooo. See?
Perkara kecil kita ambil remeh, Allah kira tau dekat akhirat!

Mari kita tengok apa kesalahan dyaa.

1- Potong barisan.

Dengan alasan cup. Tu maknanya dia tak potong barisanlah? Huhu dengan bangga pulak cakap, aku belakang diaa. MashaAllah.. 

2- Tak adil.
[وَأَقْسِطُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ  [الحجرات : [9
Dan berbuat adillah, sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat adil.” (Qs. al-Hujurat/49: 9)
____
Hoi hamba, dah lupa ker yang Allah sendiri suruh kita berlaku adil. 
unless laa time tu dah masuk barisan tiba- tiba nak pi tandas sat, tu tak palah nak suruh orang depan jaga sat.
-------
3- Tak beradab dengan manusia lain.

قال النبي: من ضَارَّ ضَرَّ الله بِهِ وَمَنْ شَاقَّ شَاقَّ الله عليه
  
"Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudaratkan dirinya sendiri, sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyusahkannya pula
(Riwayat Abu Daud, no 3635, 3/315; Ahmad, 3/453 ; Tirmidzi : Hasan Gharib ; Syeikh Syuaib, Hasan Bi Syawahidi)

Fikirlaaahh perasaan orang belakang sama. Macam aku cakap tadi. Bangga sekali dia kata

Aku cup dah, duk belakang dia!
-,-

____

Kalau rasa macam hek hellehhh ni pun nak update ke hapaa.
Anyway this is my blog. biaq laa.

Joesonghamnida!
Dalam bab agama aku tak main.

Sekeeeecilll keeciill perkara di dunia, diambil berat dia mahsyar nanti !

Nak cup- cup boleh.
Kena tanya orang belakang dia boleh ka dak. Bukan orang belakang dia sorang tuu jaa.
Orang yang beratur sampaiii belakangg nuuu. 
SEMUA okay, S.E.M.U.A 
tak terkecuali sorang pun.
dan kalau semua orang bagi,
duduklah dalam line tu.

Tapi kalau nak potong jugakk tuu
Nak ka macam ni..

Si fulan bin fulan.
Malaikat check amal ibadat dengan Allah semua okay.
Solat penuh,
Awal waktu,
Selalu solat sunat! Cukup pakej !

Habaq kat Allah kata si fulan bin fulan ni okay. 
Allah tanya,

Haa macam mana fulan bin fulan punya amalan dengan manusia?

Malaikat pun bukalah buku amalan si fulan tu. Haa dia ada satu kesalahan! 
Potong barisan. Orang belakang dia seramai 8 orang tak redha.

Pastu Allah pun kata

Haa fulan bin fulan 
Hang ada dosa dengan 8 orang. Hang pi cari depa sampai dapat!

Hahaha boleh kaa nak jumpa? Nak kata betapa besaqnya mahsyar, kita tengok kiri kanan depan belakang, tak dak penghujung, penuh manusia!

Tak dak ruang! Boleh kaa nak lalu celah sempit tuu? Dahlaa tempat kita berdiri hanya muat untuk satu tapak ja. Dengan panasnya! Allahu! Sangat tak sanggup! 

Nak cari tang mana??

Pastu pi balik kata kat Allah.
Ya Allah.. Sesungguhnya aku takut.. Aku tt... tak jumpak 8 orang tu. Penuhhh sangat mahsyar nii. Tolong Ya Allah.. Aku janji nanti aku akan berlaku adil di dunia! Tak potong barisan dah!

Allah balas,

Aku dah bagi banyak masa di dunia! Apa yang kamu buat? Bukankah dah ada hadis 

"Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudaratkan dirinya sendiri, sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyusahkannya pula

Kemudian pahala hang pun transfer pada 8 orang yang tak redha hang potong line tuu.

Buat dosa dengan Allah, Allah boleh ampunkan. Allah maha pengampun, bila kita bertaubat.
Buat dosa dengan manusia? Kena minta maaf!

Hatta dalam percakapan kita kalau terrrrgores sikit pun dan berdosa.
Dah berapa tahun kita hidup! Ada ker dalam sehari kita tak buat dosa dengan manusia?
Allahu jahilnya kita! 

Wash your tongue ! :3

Nak selamat di mahsyar, tahajud! 

Di kesempatan ini. Aku  eh! Ana nak minta maaf pada seeemuaaa awucks awucks ni ;) Andai ana menggoress hatii, heii lagi lagi Cik Siti Nur Lidah ni. Dia memang laser sikit No, I means, banyak. 

Salam malam jumaat! Jangan lupa al-kahf ;)
Gdluck dalam proses jaga hubungan dengan manusia!

No comments:

Post a Comment

Hey, tinggalkan komen walaupun satu ^^ !