Friday 7 November 2014

Aurat ohh aurat

#Throwback sat kat entry lama--

Berfesyen dalam Islam tak salah sebabnya Islam tu Indah dan Allah sendiri sukakan kecantikan. Tapi, berfesyen biarlah yang mengikut syariat Islam. Ramai je yang mampu tutup aurat sambil berfesyen. Antara mahu dan tak mahu je sebenarnya. Kadang-kadang tu, kewajipan tu harus dimulakan dengan paksaan. Cuba paksa sikit-sikit, nanti dah terbiasa, insyaAllah boleh ikhlas.

 


Antara aurat yang sering diabaikan adalah lengan dan kaki. Sangat ramai yang pandang remeh pasal 2 aurat ni sebabnya rasa macam tak apa bila tak tutup lengan dan kaki sebab bukannya orang nampak sangat. Tapi, bila naik tangga pakai baju kurung, kalau tak pakai stokin, boleh nampak sampai betis. Tak best lah macam tu kan?

Kalau dah comel-comel pakai baju kurung tapi tak pakai handsocks lepastu singsing lengan baju sampai siku tak syok ah gitu kan. Tak sempurnalah istilah "tutup aurat" tu kalau cuma tutup separuh-separuh kan? Lagipun bila solat, kita mesti tutup kaki dan lengan, kalau ternampak, hukum solat jadi tak sah. Jadinya, tutup aurat pun jadi tak sah bila tak ditutup dengan sempurna. Tak gitu? =)


Ramai orang anggap, tutup aurat tu maksudnya pakai tudung. Tapi sebenarnya, kalau dah pakai tudung, belum tentu lagi dah tutup aurat dengan sempurna. Tudung tu cuma salah satu cara untuk tutup aurat. Ada banyak lagi bahagian lain selain rambut yang dikira aurat.

Jadinya bila kita cuba pakai tudung, cuba juga cari pakaian yang match dengan penampilan bertudung kita. Cuba tengok dalam almari kita, asingkan baju mana yang boleh dipakai keluar rumah, baju mana yang sesuai untuk dalam rumah je. Tutup aurat jugak maksudnya kita cuba jaga cara pergaulan kita dan akhlak kita. Usaha tu kena ada dan dimulakan dengan diri sendiri. InsyaAllah Allah bantu dan mudahkan.


"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." 24:30
Dan bila perempuan dah jalankan tanggungjawab untuk tutup aurat, lelaki jalankanlah tanggungjawab untuk jaga pandangan mata. Suruhan Allah untuk lelaki datang dulu dalam Al-Quran sebelum suruhan kepada perempuan. Jadinya, janganlah asyik salahkan perempuan, salahkan juga diri sendiri yang tak mampu lawan nafsu untuk menundukkan pandangan mata bila nampak perempuan cantik. Lawanlah panahan beracun dari Syaitan.

Marilah kita sama-sama baiki diri masing-masing. Kalau tak mampu mendadak, cuba sikit-sikit. Kita nak masuk Syurga, jadi kita kena berusaha ke arah tu. Percayalah, tak ada manusia yang gembira bila dapat tahu seseorang yang lain tu bakal jadi ahli neraka sebabnya setiap manusia ada tanggungjawab untuk ajak manusia lain ke arah kebaikan.

Kalau ada manusia lain bakal ke neraka, kita patut risau sebab kita tak jalankan tanggungjawab yang Allah dah amanahkan. Jangan pernah rasa diri kita dah cukup baik daripada sesiapa pun. Allah tak suka manusia bongkak. Berdoalah sama-sama. Baik Buruk Boleh Berubah. =)

Fitrah manusia sukakan kebaikan. Kalau mahukan Syurga, berusahalah. Kalau tak berusaha tapi mahu masuk Syurga, itu angan-angan namanya. Hee. Sekian. #SelfReminder. Peringatan untuk diri sendiri. Moga yang bermanfaat tu dapat kita amalkan sama-sama InsyaAllah. Jaza Kumullahu Khairan Kathira sebab sudi baca. =')

Credit to AKAK COMEL

1 comment:

  1. terima kasih atas perkongsian dan peringatan my dear. inshaa Allah. kita mampu mengubahnya (:

    ReplyDelete

Hey, tinggalkan komen walaupun satu ^^ !