Friday, 31 March 2017

Riya'

Assalamualaikum.

Nilah terjadi , taknaklah blog aku sedih-ii kesepian . Stats pun merundum terokss sejak 2017 ni. Habis traffic blog gue. T^T

Sejak pencen jadi budak berulang lah kan. Hidup agak janggal tanpa novel, hahaha so aku pun decide nak bercinta dengan buku yang ada kat library jelahh. So ada satu buku tu ,, Melakar Cinta Firdausi. Satu part yang terkesan lah jugak di hati ni.

Pasal niat. Meh aku ringkaskan eh.

"Ikhlaskanlah niat di hati. Ingatlah, niat yang bercampur baur akan merosakkan amal, mencemarkan hati, melemahkan gerakan, dan melenyapkan ganjaran."

Tang melenyapkan ganjaran tuu. Allahu T^T Kay sambung balik

" Al Banna pernah berkata : Apa yang dimaksudkan ikhlas ialah setiap kata - kata, amalan dan jihad saudara muslim demi Allah, untuk mencari keredaanNya dan ganjaran baik darinya tanpa memandang sebarang imbuhan, kemegahan mahupun gelaran. Ikhlas adalah amalan hanya kepada Allah. Menyucikannya dari segala tujuan keduniaan. Amalannya tidak berbau kegelojohan hawa nafsu, mencari keuntungan, jawatan dan pangkat, kemahsyuran, atau inginkan kedudukan di kalangan manusia serta mengharapkan pujian manusia ."

Allah zappp . Istighfar jap.

" Check lipatan hati. Apa niat sebenar dalam beribadah? Jika ada lorong syaitan dan keduniaan maka cubalah menahan diri dari dikuasainya.

Penyakit hati yang mencemari keikhlasan dan merosakkan niat akan merebak kepada penyakit badan Hakikatnya ia boleh melenyapkan pahala dan menjauhkan kita dari landasan perjuangan yang sebenar. Ia memang wujud dalam hati kita, mestila kita kena tumpaskannya dgn iman dan takwa.

Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


No comments:

Post a Comment

Hey, tinggalkan komen walaupun satu ^^ !